
Maaf Zahir dan Bathin
Kami memohon maaf sekiranya ada keterlanjuran bicara di dalam laman blog ini yang telah menyakitkan hati semua pihak dalam masa kita semua menuntut pengembalian hak kita semua.
InsyaAllah, kita akan berusaha untuk meningkatkan gerak kerja bagi mempercepatkan Penyelesaian Kes Tuntutan dengan pihak Pemaju dan juga bagi tujuan pemaju menyegerakan membaikpulih rumah yang terbengkalai ini.
Mudahan Aildil Fitri ini akan membawa sinar keceriaan kepada kita semua.





Dalam masa yang sama dan sepertimana yang telah dipersetujui sebelum ini melalui surat peguam, bagi Fasa 1 Penyelesaian (Pembeli yang Membuat Tuntutan Gantirugi), Pihak Pemaju dijangka akan mengadakan perbincangan dengan pihak bank dan pemberi pinjaman bagi pembeli/pemilik yang berkenaan untuk tujuan Penyelesaian Pinjaman.
Manakala bagi pembeli yang membuat pilihan untuk meneruskan pemilikan rumah Desa Kerayong Indah ini, pihak pemaju akan memberikan makluman terperinci berkenaan semua perkara-perkara yang berkaitan dengan pembinaan rumah tersebut. Pemakluman juga akan dibuat di dalam laman blog ini bertujuan untuk memudahkan pembeli mendapatkan informasi berkenaan dengan progres pembinaan rumah mereka.




