Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Thursday, August 4, 2011

Perbincangan Penyelesaian Luar Mahkamah


Khamis 4hb. Ogos 2011. Alhamdulillah, Perbincangan berkenaan penyelesaian di luar mahkamah bagi Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah (TGDKWPDKI) yang berlangsung di DePalma Inn Shah Alam pada Rabu 3hb. Ogos 2011 jam 9:15 malam berjalan dengan baik.

JawatanKuasa Tuntutan
Sdr Kamarol
Sdr Sabri
Sdr Zulhaizan
Sdr Azwan
Sdri Kamariah
Peguam TGDKWPDKI

Fasilitator Task Force - Pengerusi Majlis Perjumpaan
En. Zulkipli Abdullah - RSS PMC

Pemaju (Baru)
Tn. Haji Ibrahim Md Salleh
En. Mohd Hafiz - Pengarah Nusa Development
En. Mohd Syed - Pengurus Besar Nusa Development
En. Mohd Farid Omar - Peguam

Isi kandungan perbincangan :-

  1. Pengenalan Pembangunan Projek DKI oleh Pemaju (baru).
  2. Persetujuan dan Kelulusan Pengambilalihan Projek DKI oleh Agensi Kerajaan Negeri yang berkaitan.
  3. Penyelesaian terhadap tuntutan dan pampasan
  4. Isu-isu berbangkit


Siapa Pemaju (Baru)
Pemaju (Baru) yang dimaksudkan adalah Nusa Development Sdn Bhd yang bekerjasama dengan KLIA Premiers Sdn Bhd untuk mengambilalih dan seterusnya memulihkan Projek Pembesaran Kampong Bukit Kerayong (Desa Kerayong Indah), Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Pemaju (Baru) telah mengambilalih projek Desa Kerayong Indah daripada Probil Industries Sdn Bhd melalui Perjanjian Usahasama yang telah dimaterai pada 14hb. April 2011 yang lalu.


Pengenalan Pembangunan Projek DKI oleh Pemaju (baru)

Tn Haji Ibrahim Md Salleh yang mewakili Pihak Pemaju (baru) telah memberi penerangan berkenaan pengambilalihan Projek Pemulihan Desa Kerayong Indah ini daripada Probil Industri Sdn Bhd. Pemaju (baru) telah mendapat perkenan dan kelulusan daripada agensi-agensi Kerajaan negeri Selangor untuk projek memulihkan Desa Kerayong Indah yang termasuk di dalam kategori "tenat". Namun begitu terdapat satu agensi yang masih tidak dapat dan tidak akan memberikan kelulusan kepada Pemaju (baru) untuk meneruskan Projek Pemulihan Desa Kerayong Indah ini walaupun diberitakan bahawa pihak Pemaju (baru) telahpun mengeluarkan perbelanjaan (initial cost) seperti pengambilalihan projek, pembinaan pagar dan lain-lainnya.

Agensi tersebut telah menetapkan bahawa selagi Kes Tuntutan Gantirugi dan kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah (TGDKWPDKI) tidak diselesaikan, maka Pemaju (baru) tidak dibenarkan samasekali untuk meneruskan projek pemulihan tersebut waima memasuki tapak projek yang pada masa sekarang telah di"palang" oleh agensi penguatkuasa lain di atas arahan agensi yang tidak memberikan kelulusan tersebut.

Kita menghormati kesungguhan pihak Pemaju (baru) untuk mengadakan pertemuan walaupun 2 pertemuan yang dirancangkan sebelum ini tidak kesampaian. Sessi pertemuan pada 3hb Ogos 2011 lalu (semalam) diadakan dalam suasana yang penuh harmoni yang bertujuan untuk mencapai kesepakatan.

Walaupun kelebihan adalah berpihak kepada kita (TGDKWPDKI) yang mana tanpa persetujuan kita, pihak Pemaju (baru) tidak dapat meneruskan projek tersebut, namun kita perlu akur bahawa masih terdapat pembeli-pembeli yang masih berminat dengan pemilikan rumah di Desa Kerayong Indah walaupun kita tidak pasti apakah Harga Baru bagi setiap unit rumah yang akan ditetapkan oleh Pemaju (baru). Kita menjangkakan bagi setiap unit rumah lot baglo harga akan mencecah sekurang-kurangnya 3 kali ganda berbanding dengan harga yang asal (Tahun 1999).

Namun begitu, Pemaju (baru) prihatin diatas ketidakmampuan pembeli untuk meneruskan pemilikan rumah tersebut. Oleh yang demikian, maka bagi pembeli yang tidak termasuk di dalam TGDKWPDKI ini, maka mereka akan ditawarkan untuk menjualkan unit-unit rumah kepada Pemaju (baru) pada harga semasa yang akan dimaklumkan oleh Pemaju (baru) nanti.

Bagi seramai 321 orang Pembeli yang berada di dalam TGDKWPDKI ini, maka berikut adalah penyelesaian awal yang telah dibincangkan di dalam sessi pertemuan tersebut :-

  1. Pemaju (baru) bersetuju untuk Menyelesaikan Pinjaman Bank Pembeli. Pemaju akan berusaha mendapatkan pembiayaan "anchor" bank dan mendapatkan pelarasan (hair-cut) daripada pihak bank untuk memudahkan urusan penyelesaian kes.
  2. Pemaju (baru) bersetuju untuk Mempertimbangkan Tuntutan sepertimana yang telah difailkan di mahkamah. 2 salinan Jadual Tuntutan telah diserahkan kepada Pemaju (baru).
  3. Pemaju (baru) bersetuju secara bersama untuk Menyelesaikan Kes Diluar Mahkamah. Masa yang ditetapkan ialah selewat-lewatnya 6 bulan daripada tarikh surat peguam (perkara 4). Jumlah pampasan yang akan diterima oleh Pembeli yang telah mengemukakan saman akan dibincangkan secara bersama diantara Pemaju (baru), J/Kuasa TGDKWPDKI dan pihak peguam pada masa yang akan ditetapkan nanti. Pihak Pemaju telah diperingatkan bahawa jumlah tuntutan bagi setiap pembeli yang terlibat adalah tidak sama dan perlu penelitian bagi setiap kes. Apa yang paling penting adalah setiap pembeli akan menerima pampasan pada kadar yang paling munasabah.
  4. Pihak Peguam TGDKWPDKI akan mengeluarkan surat persetujuan untuk withold (bukan withdraw) kes saman di mahkamah (surat ini amat diperlukan oleh Pemaju (baru)). Isi kandungan surat tersebut akan didraftkan terlebih dahulu oleh peguam dan ditunjukkan kepada J/Kuasa Tuntutan sebelum diserahkan kepada Pemaju (baru). Surat ini adalah sahlaku dalam masa 6 bulan daripada tarikh ianya dibuat.
  5. Pemaju menerima surat persetujuan dan dimajukan kepada agensi kerajaan negeri untuk kelulusan.
  6. Pemaju menjangkakan dapat memasuki tapak projek dan memulakan kerja pembinaan infrastruktur selepas Hari Raya Aidil Fitri nanti. Perkara utama yang akan mereka laksanakan adalah penyediaan infrastruktur utama iaitu jalan masuk ke tapak projek serta kemudahan lain seperti bekalan air dan elektrik.
Alhamdulillah, kita bersyukur dengan kesediaan Pemaju (baru) untuk berbincang dengan kita dan menyelesaikannya di luar mahkamah. InsyaAllah, setiap Pembeli yang berada di dalam Kumpulan 1 hingga Kumpulan 6 akan memperolehi semula gantirugi/pengembalian wang mereka dalam masa yang telah ditetapkan seperti di dalam perbincangan.

Apabila ia semua telah diselesaikan, maka seperti yang dipersetujui, Tuntutan Saman di Mahkamah akan ditarik balik bagi memberi laluan untuk kerja-kerja pemulihan projek dijalankan dengan lancar.

Mudah-mudahan segala tuntutan kita akan dipermudahkan dan menemui jalan penyelesaian yang terbaik untuk kebaikan semua pihak. Wassalam.

KOMEN : Sebenarnya apa yang kita tuntut ini adalah hak kita. kalaupun jumlahnya tidak akan dapat membawa kita kembali ke tahun 1999 yang mana pada masa itu kita tiada bebanan, sekurang-kurangnya apabila telah menerima pampasan ini, maka kita akan dapat melabuhkan tirai Desa Kerayong Indah, kita tak perlu menjawab lagi gangguan bank yang saban hari menuntut hutang. Tidur kita akan lebih lena. Selepas daripada ini, kita tidak lagi perlu memikirkan samada Pemaju (baru) dapat menyempurnakan projek Desa Kerayong Indah atau tidak.



18 comments:

AGRA said...

Usaha yang murni.. Syabas En. Kamarol and geng.

Kamarol said...

Belum lagi tuan.... Bila semua dah selesai, baru kira berjaya 100%. Sekarang baru 1/2 kaki.... Doakan moga kami akan melepasi ranjau ini... InsyaAllah.

Shazlie said...

Salam En Kamarol. Bagaimana jika pembeli yang menuntut gantirugi bercadang menjual pula rumah mengikut harga pasaran sekiranya harga yang ditawarkan lebih baik berbanding pampasan gantirugi? Boleh tak jelaskan?

Kamarol said...

2Shazlie. Tuan, jumlah yang diperolehi oleh 321 orang yg membuat tuntuan di mahkamah (penyelesaian luar mahkamah) adalah lebih baik (tinggi) daripada mereka yang tidak membuat tuntutan... Rujuk jalan penyelesaian yang dibincangkan (dalam blog).

Faidzal aka Apai said...

Harga jualan baru mungkin lebih tinggi berganda2 sbb nk cover kos bayar tuntutan. Harap ianya dapat diselesaikan dgn baik.

Kamarol said...

2 Faidzal Aka Apai. Harga jualan baru lebih tinggi bukan disebabkan oleh "nak cover kos bayaran tuntutan". Ia tidak ada kena mengena langsung... harga rumah n banglo lot dgn keluasan 4000 ka/segi RM135K pada 2011 berbanding 1999 lalu mmg dah tak relevan... Tambahan pula banyak rumah yg rosak, kecurian dll. Klau pemaju tak naikkan harga, atau tukar rekabentuk rumah, how to make a profit? Ingat senang2 KLIA nak ambil alih projek kalau tak ada profit...

azroy8778 said...

Assalamu'alaikum, terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kpd JK DKI. En Kamarol yg tak jemu memperjuangkan nasib para pembeli DKI..
Pada asasnya jika kita dapat bayar balik 100% jumlah pinjaman bank dan 100% duit KWSP yang telah dikeluarkan utk tujuan beli rumah tsb dan pampasan duit sewa rumah (berapa kadar yang dikira saya tak pasti- untuk cover interest bank) pun sudah memadai. Sekurang2nya kita tak rugi kewangan walau telah "rugi" keselesaan duduk rumah 'banglo'...
Usaha pihak KLIA nak ambil alih projek DKI sangat2 dihargai. Mereka sbg pemaju tentu nampak prospek DKI dan menjangkakan keuntungan dari pengambilalihan..itu adat orang berniaga..
Saya ucapkan syabas pd JK DKI dan Tetuan KLIA!!

Anonymous said...

Assalamualaikum! tahniah kpd JK DKI

Sy penah berjupe dgn en kamarol, tetapi sy masih belum membuat tuntutan atas sbb geran lot yang dibeli oleh arwah abah sy xdpt dituntut di pej tanah, lgpon masih belum ada peluang menemui peguam sprt yg disarankan...

bkenaan geran tersebut, pej tanah btau geran tersebut berada di tangan pemaju, oleh itu pihak kami mesti menuntut kepada pihak pemaju...

boleh bantu saya?semua dokumen berkenaan ade....

terima kasih!
yati
girlsilver02@yahoo.com

Kamarol said...

2 Anonymous. Jika geran tanah berada pada pemaju, tuan boleh berjumpa dengan pemaju untuk mendapatkannya (jika semua urusan bayaran telah clear).

W/bagaimanapun, pada pendapat saya, jika arwah ayah tuan ada membuat pinjaman bank, maka sepatutnya geran tanah tersebut ada pada pihak bank dan insuran sepatutnya telah cover kesemua tuntutan pinjaman tsbt.

Wallahualam.

Anonymous said...

Salam en kamarol,

terima kasih atas respon..

sy ade tanye pejabat tanah...depa kata xde mslah bab geran tu...

pinjaman guna gomen, surat menyatakan hak tanah & rumah pon ade dr perbendaharaan, nama pon sudah ditukarkan pd nama mak, jd rsnya apa tindakan seterusnya?

sy berikan cadangan, buat 1 perjumpaan utk pemilik2 bertanya @ membuat tuntutan, ajak peguam skali & listkan ape yg perlu dibawa utk membuat tuntutan, buat hari sabtu @ ahad....boleh kah?
just my 2cent! terima kasih!

yati

kamarol said...

2 Anonymous. Biasanya cadangan daripada "Anonymous" tidak akan diketengahkan. kerana kemungkinan ianya datang daripada mereka2 yang berniat untuk mengganggu perjalanan kes tuntutan.

jika Anonymous ada cadangan baik utk pembeli2 DKI, sila kemukakan secara kepada persatuan pembeli atau j/kuasa tuntutan.

harap Maklum.

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Nama saya Salimen Jumiran dan merupakan seorang daripada pembeli tetapi terlepas untuk membuat tuntutan gantirugi. Saya baru sahaja mendapat tahu tentang laman ini dan status terkini projek DKI.

Walaubagaimanapun syabas saya ucapkan kepada agensi yang membuat tuntutan kerana telah berusaha yang terbaik.

Untuk kes saya rasanya ada sedikit perbezaan. Saya pembeli di Desa 3 yang mana tahap pembinaan siap setakat kerja tanah dan saya telah pun mendapat letter of discharge serta hakmilik (geran) kepada lot berkenaan kerana telah menyelasaikan jumlah baki wang yang telah dibayar oleh bank kpd Bumi Circle.

Saya tidak berniat untuk menjual kepad pemaju baru dan berharap dikecualikan drp pembinaan rumah kerana ingin membina sendiri sekiranya infrastruktur telah disiapkan.

Saya berharap akan dimaklumkan berhubung perkembangan projek ini. Harap dapat maklumkan cara untuk sertai group ini online. Saya boleh dihubungi di salimen@asasreka.com atau salimenj@yahoo.com. Terima kasih.

Unknown said...

Salam En Kamarol
Saya ada membeli rumah di desa kerayong fasa 6.

Saya tidak tahu berkenaan dengan status projek tresebut. saya pernah menghadiri perjumpaan di Dewan Meru, tahun tak ingat bersama pemaju Probil, selepas tu saya bertugas di Serawak & Kalimantan. saya akan berpindah ke Kl pada hujung tahun 2011.

saya telah 2 kali menghadiri ke mahkamah atas tuntutan dari Bank.

Saya berharap dapat penyelesaian terbaik dengan projek perumahan kita.ika kasih


wassalam

sekian ter

Kamarol said...

2 KLFATIT. InsyaAllah. Mudahan ia akan dipermudahkan bagi membolehkan tuan dan rakan2 lain untuk memiliki rumah tersebut.

Anonymous said...

Salam En Kamarol,
Tahniah to the team for high effort yg membuahkan hasil. Boleh beri panduan kpd saya yg masih belum mendaftar utk mana2 kumpulan? Bagaimana tuntutan dpt dibuat? Di mana nasihat dpt sy perolehi krn sy masih menyewa dan tiada berumah, sy tak pasti nak buat keputusan mana yg terbaik.
Mohon panduan tuan.

Anonymous said...

Salam. Saya ingin tahu dari pihak pemaju Desa Kerayong, adakah berita terbaru yang boleh diterima kerana saya ingin membeli sebuah rumah di kawasan sana. Harap dapat penjelasan dari pihak tuan kerana hasil dari nasihat kawan saya, projek ini seumpama hangat2 taik ayam. Saya ingin penjelasan dari pihak tuan.

Anonymous said...

Nusa Development Sdn Bhd komited dalam usaha untuk membangunkan kembali projek terbengkalai.

Projek yang besar bukan mudah untuk dilaksanakan dan memerlukan kesabaran dan kegigihan dalam mengatasai masalah-masalah yg timbul dan kekangan daripada pihak2 tertentu.

InshaAllah, niat dan usaha yg baik akan di bantu oleh Yang Maha Mentadbir Lagi Bijaksana.

financialserviceoffer said...

Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via financialserviceoffer876@gmail.com whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thank