Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Sunday, May 15, 2011

RM40 Juta Untuk Projek Terbengkalai Alam Perdana


KUALA SELANGOR 14 Mei - Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM40 juta dari Tabung Projek Terbengkalai bagi menyiapkan pembinaan perumahan Alam Perdana yang terbengkalai sejak tahun 2002.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menjangkakan projek tersebut akan siap menjelang Disember ini. seterusnya ... disini

Komen : Sebab apa Projek Perumahan Alam Perdana diperuntukkan RM40 juta? Desa Kerayong Indah yang bermula sejak 1998 dibiarkan sedangkan Alam Perdana bermula sekitar tahun 2000... Inilah antara jawapannya ...
  1. Projek Perumahan Alam Perdana berada di dalam kawasan DUN Ijok --- YAB MB adalah dari DUN Ijok. Sedangkan Desa kerayong Indah di dalam DUN Jeram, YB dari BN, tetapi Parlimen Kuala Selangor diwakili oleh YB Pakatan Rakyat yang pandai bercakap, tetapi kawasan sendiri langsung tak diendahkan. Nak komplen dengan MP tersebut memang susah, nantikan kita pulak didoakannya yang tidak baik... Ini pengalaman salah seorang pembeli DKI ini sendiri.
  2. Pilihanraya Umum semakin hampir, setiap wakil rakyat akan berusaha menambat hati pengundi di kawasan masing-masing.
  3. Pembeli rumah Alam Perdana adalah bukan kesemuanya MELAYU (ISLAM). Sudah tentu kerajaan negeri berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada pelbagai bangsa untuk kekal berkuasa pada penggal yang akan datang tidak seperti Desa kerayong Indah yang 100% pembelinya adalah MELAYU-ISLAM... Sebab bangsa melayu seperti kita ini mudah diperdayakan dengan janji-janji manis, baik BN atau PR.
  4. Kita hairan, bagaimana secara tiba-tiba sahaja ada peruntukan sebanyak RM40 juta (duit kerajaan negeri) untuk mengambil alih projek Alam Perdana yang kita sendiri tahu ianya adalah projek SWASTA, sedangkan Desa kerayong Indah adalah Projek Desa Wawasan (Pemberimilikan Tanah Terancang) dibawah kerajaan Negeri Selangor? Adakah ianya dibenarkan oleh peruntukan undang-undang? Atau ianya projek untuk kroni untuk membelanjakan wang kerajaan negeri...?
  5. Banyak lagi isu sensitif yang tak dapat disiarkan di dalam blog ini, kerana ia pasti akan mengundang sensitiviti samada dari segi kaum mahupun undang-undang...
Walaubagaimanapun, kita mengucapkan tahniah kepada semua Pembeli Rumah Alam Perdana kerana perjuangan mereka telah mula menampakkan hasil. Mudahan mereka akan dapat menduduki rumah tersebut selewat-lewatnya Disember 2011 ini seperti yang dijanjikan.

Berkaitan Alam perdana :
Blog Alam Perdana
Posting Lama

20 comments:

Idham said...

Untuk pengetahuan saudara saya mengikuti perkembangan projek rumah terbengkalai di Selangor melalui laman web Adun Hulu Kelang yang dilantik sebagai Ketua Fasilitator Projek Rumah Terbengkalai. Saudara boleh melihat gambar-gambar tentang projek terbengkalai dan meilai sendiri. Berdasarkan maklumat ia terbengkalai semasa pemerintahan UMNO-BN.

Mamat Chokia said...

Dah tu, Alam Perdana terbengkalai masa pemerintahan PR ke?

Sdr Idham, jangan asyik nak menuding jari sahaja macam YB L*L* yg katanya onak duri BN buat, PR yg dipersalahkan... Kami tak salahkan sesiapa baik BN atau PR... kami mahu ada perubahan ....

Dulu janji middle March 2011 nak buat presentation untuk ambil alih projek... sekarang dah may 2011.. alih-alih Alam Perdana yang dapat RM40 juta...

Tolong jawab, atas kapasiti apa Alam Perdana di dahulukan? Sedangkan Desa Kerayong Indah adalah projek Desa Wawasan di bawah Kerajaan Negeri....

mami said...

salam.
maaf la nak beri pendapat sikit. saya harap semua pembaca tidak emosi. hakikatnya, projek perumahan alam perdana jauh lebih lengkap jika dibandingkan dgn pembangunan projek perumahan desa kerayong indah. dengan permasalahan tanah bukit yg berbatu keras, dan boleh dikatakan tak sampai 30% pun projek DKI siap, saya pasti kos utk membaikpulih DKI lebih dr RM40j. sebaiknya, saya cadangkan pihak urusetia persatuan pembeli rumah DKI berjumpa terus dgn MB utk menarik perhatian beliau terhadap permasalahan DKI. ini adalah kesempatan terbaik kerana lokasi DKI berdekatan dgn Alam Perdana. Walaubagaimanapun, saya harap kita semua beri peluang kpd kerajaan selangor utk menjelaskan keputusan mereka sekiranya mereka terpaksa menangguhkan utk membantu projek DKI.

Anonymous said...

1. Kita semua telah melakukan segala usaha yang patut.

2. Semoga Kerajaan bantulah kami.

3. Niat kami baik. Tuntutan kami adalah untuk anak cucu kami jua.

4. Kami semua dah lanjut usia.

5. Tolong lah kami PM/MB/YB/KSN/HAKIM dll.

Anonymous said...

Let me re-quote kenyataan dari MB sendiri bila pembeli2 DKI mintak peruntukkan/bantuan dari kerajaan negeri PR untuk disiapkan projek tersebut, bunyinya lebih kurang begini

"Sekiranya kerajaan negeri membelanjakan jutaan ringgit untuk DKI, apa rakyat selangor lain akan kata, tambah beliau apa yang special sangat projek DKI ni yang sehinggakan kami perlu keluarkan jutaan ringgit"

Sekarang saya nak pulangkan paku ni dgn bertanyakan soalan yang sama seperti diatas, harap beliau dapat jawap. Mungkin special projek Alam Perdana sbb itu kawasan dia (saya akan jawab, itu pilih kasih).

Saya nak tanya yang RM40 juta tu duit khalid ke atau duit rakyat?.

Kita dah bagi peluang untuk PR memerintah dgn harapan ada perubahan terutamanya menyiapkan projek2 terbengkalai. Dulu kata ada diperuntukkan berbilion ringgit utk menyelesaikan masalah ini tapi semua itu janji2 kosong.

Org2 yg berjanji tapi mungkir adalah dari golongan munafik

Mamat Chokia said...

Sdr Idham n Mami nampaknya main pakai terjah je buat komen... Sebaiknya baca dahulu entry yang lepas2, so baru tau apa sebenarnya..

Utk pengetahuan boths of you, semua saluran dah kami lalui, bermula dari MB lama (BN) hingga MB baru (PR)... LPHS, KPKT, AKPK dan macam2 lagi. Nak jumpa exco? Mesyuaratpun hanya hantar wakil...

Malahan Sultan Selangor sendiri telah dimaklumkan berkenaan dengan permasalahan Desa kerayong Indah ini... Namun penyelesaiannya?

Masalah 30% siap bukan alasannya ... Dah tu boleh ke kita (pembeli) cakap/beri alasan macam tu kat bank dgn alasan tak payah bayaran ansuran bulanan yang hanya mengenyangkan puak2 baik BN atau mereka2 yang bertanggung jawab terhadap kerajaan Negeri Selangor?

Persoalannya sekarang, KENAPA Alam Perdana (2000) yang terang2 projek SWASTA dibantu dan didahulukan, sedangkan Desa Kerayong Indah adalah Projek Desa Wawasan (Pemberimilikan Tanah Terancang-1998) dibawah Kerajaan Negeri Selangor dianaktirikan...

azroy said...

Adakalanya terfikir juga apalah malang nasib pembeli-pembeli rumah DKI.. mungkinkah pembeli2 100% berbangsa Melayu? Atau ada sebab lain yang menyebabkan pembeli2 DKI dianaktirikan oleh pemimpin2 yang juga berbangsa Melayu..?
Salam sejahtera kpd rakan2..

Anonymous said...

saya tak nak rumah tu lagi...saya cuma mahu kembali kan balik duit saya dan full bank settlement. Kerajaan negeri nak ambik balik tanah tu ambik lah. Itu aje...gaduh pun tak guna...PKR or BN semua sama aje. Dua dua teruk...cuma PKR lagi hampeh lah.

Anonymous said...

Salam semua pembeli DKI,
Saya ingin berkongsi berita terkini isu projek DKI.Semalam saya berjumpa lagi dgn pegawai LPHS di bangunan SUK(kali ke 2 utk thn 2011) utk bertanya samada peluang yg kerajaan negeri memulih semula DKI setelah projek sebelahan kita Alam Perdana telah setuju utk dipulihkan.Jawapan yg diberi oleh pegawai tersebut adalah Kerajaan Negeri akan menunggu keputusan MAHKAMAH kerana penduduk DKI telah menfailkan isu ini di MAHKAMAH Shah Alam.Ini adalah jawapan yg sama diberi semasa saya berjumpa dgn pegawai tersebut pd bulan Januari 2011 dan Sept 2010.Tiada apa-apa yg boleh mereka buat sehingga kes Mahkamah kita selesai membuat keputusan.Anda semua boleh hubungi LPHS melalui talian SUK 03 55447000 dan dptkan samb LPHS up pegawai yg incharge projek DKI.Pada masa yg sama hubungi peguam DKI tanya apa status kes DKI ini di Mahkamah.Dgn maklumat ini kita boleh tahu hala tuju kita.Wasalam

Desa Kerayong Indah said...

Terima kasih tuan/puan Anonymous kerana berikan komen.

Untuk pengetahuan tuan/puan, sebenarnya itulah alasan yang paling ideal yang mereka berikan untuk tuan/puan berhenti menyalahkan LPHS/Kerajaan Negeri...

Kalau dulu sebelum saman, apa mereka cakap (melalui EXCO Perumahan)?.. Sila failkan saman, jika tidak berpuashati. Malahan MB juga suruh failkan saman....

So, bila kita dah failkan saman, apa pulak mereka cakap,.. Tunggu kes mahkamah selesai, malahan MB suruh tarik balik saman, then baru mereka akan berbincang tentang DKI ini...

Jika tuan/puan anonymous mengikuti perkembangan DKI ini yang penuh dengan kontrovesi, cuba tanya kepada mereka kenapa dan mengapa Pegawai LPHS yang lama dipindahkan ke daerah lain...?

Kenapa sampai sekarang dokumen mahkamah masih "dihilangkan"?

Kita masih lagi beruntung sebab terselamat dari "Tempoh dan Hadmasa"... sebab dah failkan di mahkamah. Kalau tidak, sekadar menanti buah yang tak gugur...

Wassalam.
Desa Kerayong Indah

Mamat Chokia said...

... Dalam masa yang sama, kita (melalui Peguam kita) sebenarnya masih dalam perbincangan dgn mereka berkenaan penyelesaian tuntutan tersebut... InsyaAllah dalam masa terdekat akan dipostkan setelah mendapat surat rasmi...

Anonymous said...

go thru mahkamah...this case was drag too long already. I wish our lawyer boleh settle this case by this year. TQ

azli said...

kepada idham, mami dan yg sekutunya..
aku bayar hutang bank guna duit... bukan taik hidung...kalo ko tak beli jangan sibuk..duduk diam2 ..
aku x suka pencacai...macam korang ni...salah tetap salah yang ko nak back up apahal...tiunaseng
..

mami said...

salam.
sdr azli, gunalah bahasa yg berhemah walau untuk mengkritik. saya bersikap terbuka pd apapun kritikan yg dilemparkan pd saya. semua org berhak beri pendapat dan pandangan.

utk pengetahuan sdr, saya juga salah seorng pembeli DKI. namun sikap kita terus menerus nak salahkan kerajaan negeri adalah tidak adil juga.

siapa yg salah? kenapa menghentam pd kerajaan negeri semata? sedangkan pemaju asal langsung tidak diungkit utk dipertanggungjawabkan ke atas keterbengkalaian projek ini. malah pihak bank juga patut dipersalahkan krn telah release payment pd pemaju tanpa menyelidik status projek sedangkan progress projek tak ke mana. saya pernah bertanya pd pegawai bank berkenaan perkara ini, pegawai berkenaan sendiri merasakan 'something fishy' berlaku antara pihak atasan bank dgn pemaju kerana dgn mudah release payment tanpa mengesahkan progress projek perumahan DKI.

semua pihak sedang berusaha, sementara itu kita berlapang dadalah. wallahua'lam.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
mami said...

Kpd semua, saya cadangkan baca tulisan dan ulasan Dr Nuarrual Hilal dlm laman ini http://nuarrualhilal.wordpress.com/2008/11/13/desa-kerayong-indah-2/

Beliau adalah pensyarah undang2 di UUM yg pernah mengkaji masalah projek terbengkalai DKI.

Antara cadangan terbaru beliau yg mungkin boleh kita ambil kira adalah;
(ini adalah jawapan dr hilal pd satu persoalan yg dikemukan oleh en. halim, salah seorang pembeli rumah DKI)

hilalhilal | January 6, 2011 at 1:12 am | Reply
Assalamualaikum,

Memang kronik masalah saudara. Projek perumahan saudara ini bukan di bawah kawalan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ia dibuat antara para pembeli dan kontraktor/pemaju.

Pada pandangan saya, para pembeli perlu bersatu dan bertindak atas satu suara. Beberapa langkah boleh diambil (kalau tak ambil langkah-langkah masalah tidak boleh selesai juga). Langkah-langkah itu adalah:

1) Menubuhkan jawatankuasa bertindak pembeli;
2) Saman kontraktor/pemaju – batalkan perjanjian jual beli dan minta semua wang yang telah dibayar dan minta gantirugi;
3) Report polis dan report kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana kontraktor/pemaju tiada lesen pemaju.
4) buat memorandum kepada Perdana Menteri, Menteri Besar, bank-bank berkenaan dan Gabenor Bank Negara.
5) kepada pihak bank mohon penangguhan pemotongan bayaran ansuran bulanan sehingga rumah siap.
6) Buat press statement – banyak kali – bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa.
7) Mohon bantuan daripada PM, Kementerian Kewangan dan sebagainya bagi memulihkan projek dan melantik kontraktor/pemaju baru. Buat perkara-perkara di atas bertubi-tubi sampai berjaya.
9) Bersabar.

Dr. Nuarrual Hilal Md. Dahlan
Kamar 3030
Colgis
UUM
Sintok
Kedah Darul Aman

azroy said...

Salam Sejahtera,
Bukankah semua perkara2 yg dicadangkan telah dalam tindakan Peguam yang telah dilantik..?
Selagi kita ada peguam, elok rujuk pd yang arif dgn undang2..
Semoga akan berhasil..

Anonymous said...

Salam DKI,
Fakta ttg projek terbengkalai Alam Perdana : - Diambil alih oleh pemaju swasta Ladang Bkt Cerakah Nominees sdn bhd (LCBN)

-LBCN telah mendepositkan RM 41 juta kedlm Tabung Projek Terbengkalai Negri Selangor yg diuruskan oleh kjaan negeri.Dana ini akan digunakan utk menyiapkan 3,000 buah rumah yg sepatutnya telah siap pd thn 2000
-LBCN diberi tempuh oleh kerajaan negeri utk menyiapkan dlm tempuh 6-18 bulan dan jika sykt gagal siap dlm tempuh ini,deposit mereka akan hilang dan kjaan negeri akan melantik pemaju lain mengunakan dana deposit ini.
-Kerajaan negeri telah mendapat jaminan peribadi dari pengarah-pengarah LBCN.
Oleh itu kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang wang
utk projek ini.
Persoalan sekarang adakah mana-mana sykt pemaju yg sanggup mengambilalih projek DKI sama spt yg dibuat oleh LCBN kpd projek Alam Perdana? Harap maklum

Mamat Chokia said...

Terima Kasih Sdr/Sdri Anonymous kerana memberikan komen.

LBCN Development adalah tuan tanah (dibeli drpd pemilik2 asal atas kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kemudian mengadakan usaha sama (JV) dengan
syarikat pemaju Vega Builders Sdn Bhd untuk membangunkan tanah secara pembangunan bersepadu yang sekarang dikenali sebagai Bandar Alam Perdana.
Rujuk disini http://lphs.selangor.gov.my/alam_perdana.pdf

Pengerusi asal LBCN adalah YB Dato Miskon @Miskam bin Setera (orang politik)...

Kenyataan YAB MB kepada media pada 14hb Mei 2011 selepas majlis Dialog di Stadium Kuala Selangor adalah bertentangan dengan apa yg Sdr Anonymous maksudkan.
Secara logiknya, Jika tiada apa2 masakan ada mana2 pemaju yang sanggup depositkan RM41 juta sebagai cagaran yang kemudiannya wang tersebut akan hangus jika projek gagal disiapkan mengikut jadual.

Bak kata Nabil, Lu pikir la sendiri....

Sedangkan DKI adalah projek Desa Wawasan dan surat tawaran pembelian rumah (bersyarat) dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor selepas mendapat kelulusan daripada EXCO di dalam MMKN .... Dalam warta yang dikeluarkan oleh mereka, Projek Pemulihan DKI akan dilaksanakan pada 2009, tetapi sekarang dah 2011.
Kes mahkamah?.... itu adalah alasan...

Namun begitu, kita sedang dlm perbincangan pengambilalihan DKI ini oleh syarikat GLC yang pada dasarnya, tuntutan kita dipenuhi. Cuma kita tak mahu, asyik berbincang, berbincang ....sampai bertahun2...

Anonymous said...

dato pengerusi pun sekarang dah arwah...