Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Friday, August 10, 2012

Pengesahan Locus Desa Kerayong Indah


Alhamdulillah. Locus (Kebenaran) telahpun dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor kepada Pemaju KLIA Permier Holdings Sdn Bhd bagi mengambilalih seterusnya meneruskan projek perumahan terbengkalai Desa Kerayong Indah.

Walau terdapat sedikit masalah kecil dari segi teknikal berhubung dengan isi kandungan berkenaan dengan kebenaran mengambilalih projek Desa Kerayong Indah ini, namun pihak pemaju telah memaklumkan bahawa masalah ini akan diselesaikan dengan seberapa segera bersama pihak Majlis Daerah Kuala Selangor yang dikatakan akan memberikan surat Kebenaran Merancang dalam masa yang terdekat ini.

Pihak Pemaju dijangka akan mula memasuki tapak projek dalam masa yang terdekat untuk menyediakan kemudahan infrastruktur terlebih dahulu.

Panggilan Terakhir
Pembeli/Pemilik Desa Kerayong Indah yang MASIH BELUM membuat apa-apa tindakan samada Meneruskan Pemilikan Rumah atau Membuat Tuntutan Gantirugi agar SEGERA mendaftarkan dan memberikan butiran mereka untuk direkodkan dan memudahkan urusan pihak peguam untuk tindakan susulan.


Pilihan 1 : Menyerahkan Pemilikan dan Membuat Tuntutan Gantirugi
Dalam masa yang sama dan sepertimana yang telah dipersetujui sebelum ini melalui surat peguam, bagi Fasa 1 Penyelesaian (Pembeli yang Membuat Tuntutan Gantirugi), Pihak Pemaju dijangka akan mengadakan perbincangan dengan pihak bank dan pemberi pinjaman bagi pembeli/pemilik yang berkenaan untuk tujuan Penyelesaian Pinjaman.

Selepas daripada Penyelesaian Fasa 1 ini, maka Fasa 2 akan diteruskan untuk menentukan jumlah gantirugi/pampasan yang akan diperolehi oleh setiap pembeli yang membuat tuntutan gantirugi.

Pilihan 2 : Meneruskan Pemilikan Rumah
Manakala bagi pembeli yang membuat pilihan untuk meneruskan pemilikan rumah Desa Kerayong Indah ini, pihak pemaju akan memberikan makluman terperinci berkenaan semua perkara-perkara yang berkaitan dengan pembinaan rumah tersebut. Pemakluman juga akan dibuat di dalam laman blog ini bertujuan untuk memudahkan pembeli mendapatkan informasi berkenaan dengan progres pembinaan rumah mereka.

Oleh yang demikian, kita juga akan mencadangkan kepada pembeli yang ingin meneruskan pemilikan rumah ini agar dapat bersama dengan Peguam kita bagi memastikan proses pemilikan dan membaikpulih rumah terbengkalai ini berjalan dengan lancar serta akan dapat meminimakan penambahan kos menyiapkan rumah mereka.


Sila berikan butiran dan maklumat yang diperlukan di bawah ini :-
Contoh :-

PILIHAN DESA KERAYONG INDAH (sila nyatakan) :
1. Menyerahkan Hartanah & Membuat Tuntutan Gantirugi, atau
2. Meneruskan Pemilikan Rumah bersama Pemaju Baru

Maklumat Pemilik/Pembeli
Nama Penuh Pemilik/Pemilik Bersama :
No. Kad Pengenalan Pemilik/Pemilik Bersama :
Alamat Surat Menyurat :
Nombor Telefon :
Email (jika ada) :

Maklumat Desa Kerayong Indah
Nombor Lot Rumah/Tanah (No. PT) :
Nombor Fasa/Desa :
Jenis Rumah :
Nama Bank & Cawangan (Pinjaman) :

Semua maklumat yang diperlukan diatas hendaklah disalurkan ke :-
email : romatech@streamyx.com dan/atau desakerayongindah@gmail.com
sms : 019-226 2125 (Sdr. Kamarol)

Sila pastikan anda menerima balasan email yang mengesahkan bahawa maklumat anda telah direkodkan dan dikemaskinikan.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan butiran yang diperlukan ini, boleh menghubungi J/Kuasa Tuntutan.

InsyaAllah, semua urusan Tuntutan Penyelesaian di Luar Mahkamah ini akan diseliakan oleh Peguam kita bagi memastikan semua proses berjalan dengan lancar dalam mengembalikan HAK-HAK kita sebagai pembeli. Kita juga akan berusaha untuk memastikan setiap dari kita akan memperolehi kebaikan dan manafaat hasil daripada penyelesaian ini.

NOTA : Semua pembeli Desa Kerayong Indah akan dikehendaki untuk menandatangani borang/surat pengesahan terima tawaran/penyelesaian melalui peguam yang dilantik pada satu masa yang akan ditetapkan nanti.

Wassalam
Desa Kerayong Indah

3 comments:

Mana Rumah Ku said...

Saya mendapat informasi bahawa Big Boss LPHS Datin Alina nak propose kepada MB untuk lot yang belum dijual untuk diambil kembali oleh State Government. Tak tahulah samada minah ni betul2 paham pasal usaha KLIA Premier untuk membayar tuntutan dan meneruskan projek (dengan seminima kos yang mungkin) adalah dengan menjual lot tersebut bersama rumah pada harga pasaran. Sebahagian dari keuntungan jualan tersebut akan digunakan untuk subsidi infrastruktur. Kalau State Government ambil balik lot2 tersebut maka mungkin projek ini tidak lagi viable kepada KLIA dan mungkin juga akan membantutkan usaha untuk kita mendapat tuntutan ganti rugi.Bagi saya, LPHS harus lebih bijak dalam menangani masalah dengan meletak objektif utama sebagai target yang mesti dicapai iaitu pembayaran gantirugi dan/atau menyiapkan rumah. Oleh itu, apa2 cadangan yang boleh menggugat pencapaian objektif harus dibuang jauh2. Bagi saya, jika ini adalah cara Datin Alina maka saya katakan bahawa dia bukanlah Problem Solver tapi PROBLEM MAKER dan orang seperti ini tidak harus ada di dalam mana2 organisasi kerajaan. Saya rasa memang pedih kalau Datin tersebut membaca komen saya tapi harus diingat bahawa hati lebih pedih kerana sudah 13 tahun tidak mendapat hak kami.

financialserviceoffer said...

Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via financialserviceoffer876@gmail.com whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thank

financialserviceoffer said...

Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via financialserviceoffer876@gmail.com whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thank