Marilah kita semua (pembeli yang membuat tuntutan dan pembeli yang meneruskan pemilikan rumah) BERDOA ke Hadrat Allah Yang Maha Esa agar melancarkan urusan YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Bin Ibrahim mengeluarkan locus kepada Pemaju.
Mudah-mudahan juga tidak akan ada pihak lain yang akan cuba mengganggu kelancaran urusannya dan cuba menangguk di air yang keroh dengan mengambil kesempatan di atas kesukaran yang kita alami lebih dari 13 tahun sejak 1999 lagi. Selama itu juga kita telah melalui pelbagai kepayahan yang amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Tanpa rumah, hutang dan tunggakan dengan pihak bank dan pemberi pinjaman yang bukan sedikit, malahan melebihi RM100,000.00 (mengambil kira kes wang yang telah dikeluarkan oleh penulis/admin). Tindakan saman oleh pihak bank/pembiaya dan ada diantara kita yang telah dijatuhi hukuman muflis. Malahan anda diantara kita yang belum sempat mendiami rumah impian, telah melalui pelbagai dugaan seperti perpisahan dunia dan lebih malang lagi terpaksa berpisah dengan insan yang tersayang yang telah pergi menemui Ilahi.
Sehubungan dengan itu, kita mencadangkan sinar yang telah mendatangi dikala ini, kita perkuatkan lagi dengan memohon kepada Allah Yang Maha Kuasa seperti berikut :-
- Mempermudahkan urusan YAB Menteri Besar Selangor mengeluarkan locus
- Mempermudahkan dan melancarkan urusan Pemaju melunaskan pampasan kepada pembeli yang membuat tuntutan
- Melancarkan urusan Pemaju membaikpulih rumah Desa Kerayong Indah
Kemudian baca doa di bawah ini,
Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan urusan YAB Menteri Besar Selangor menandatangani surat locus berserta dengan terma dan syarat yang akan mendatang kebaikan kepada kita semua.
Wassalam
No comments:
Post a Comment