Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Sunday, April 15, 2007

DKI : Makluman Progess Tuntutan

InsyaAllah, kita akan memfailkan kes Tuntutan Pembeli DKI ini ke mahkamah pada awal minggu hadapan (minggu ketiga April 2007).

Seperti yang Peguam telah maklumkan kepada saya, semua urusan dokumentasi berjalan dengan lancar kecuali beberapa maklumat yang belum dilengkapkan oleh beberapa orang Pembeli seperti "Early Settlement" dengan Bank Pembeli tersebut. Maklumat ini adalah sangat mustahak bagi menjamin Pembeli yang membuat tuntutan ini dapat menyelesaikan baki pinjaman mereka dengan Bank tanpa menjejaskan kos tuntutan mereka.

Pada 13hb. April 2007 (Jumaat) yang lalu saya telah ke Pejabat Peguam di Bangsar untuk membincangkan beberapa isu yang bakal kita ketengahkan di dalam saman tersebut.
Juga meneliti beberapa fail Pembeli yang masih belum lengkap seperti yang saya maklumkan di atas.
Alhamdulillah, beberapa masalah kecil telahpun diselesaikan.


Apa yang saya harapkan, setelah kita memfailkan tuntutan ini ke mahkamah nanti, akan lebih ramai lagi Pembeli yang tampil untuk membuat tuntutan seperti kita.
Jadual untuk memfailkan tuntutan bagi Kumpulan Kedua juga telah kita rangkakan juga dan akan digabungkan bersama dengan Kumpulan Pertama ini.

Kita ada agenda seterusnya yang dirasakan perlu kita lakukan bersama bukan sahaja untuk diri kita, malahan ianya dapat membantu insan-insan yang senasib dengan kita yang masih tidak mengetahui tindakan yang kita lakukan ini.

Saya amat berharap agar Pembeli Kumpulan Pertama ini dapatlah kiranya mengkhabarkan kepada Pembeli-pembeli tersebut agar mereka tidak terlepas peluang ini.

Semoga Allah memberkati dan merestui tindakan kita ini.

Wassalam.
Kamarol

No comments: