Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Thursday, April 26, 2007

Hari ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t. hari ini 24hb. April 2007 (Selasa) bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1428H, kita telah selesai memfailkan tuntutan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Tanah Kuala Selangor dan Bumi Circle Sdn. Bhd jam 11:00 pagi di Mahkamah Shah Alam, Persiaran Pegawai, Seksyen 5, Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
Peguam yang hadir ialah Peguam Wan Shahrizal, Peguam Devano dan Peguam Maslina.
Ramai juga pihak media yang hadir pada majlis press conferrence tersebut antaranya Berita Harian, NST, Malay Mail, RTM, TV3 dan beberapa media lain (tiada tag nama, mungkin media lain...) untuk membuat liputan terhadap kes tuntutan kita ini.
Peguam Wan Shahrizal menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh wartawan. Disamping itu beberapa Pembeli kita juga telah ditemuramah oleh wartawan untuk mendapatkan gambaran yang jelas terhadap kes yang telah kita failkan ini.


Terima kasih kepada semua Pembeli yang hadir
untuk memberikan sokongan tersebut iaitu Sdr. Kamarol, Sdri. Kamariah, Sdr. Tengku Faiz (awal lagi dah sampai ke mahkamah), Sdr. Mohamad Rizal Misman, Sdr. Mohd Amin Ali dan Sdr. Zamri. Pun begitu, memandangkan Selasa adalah hari bekerja, maka ramai lagi Pembeli yang tak dapat hadir walaupun mereka ingin turut serta memberikan sokongan.

Mungkin juga kerana pemberitahuan tentang tarikh memfailkan kes ini yang agak lewat, maka Pembeli lain tidak dapat hadir sama.
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita untuk mendapatkan kembali wang kita.

Sila klik di sini untuk gambar sekitar sessi press conferrence tersebut.

Slot tersebut telah disiarkan di dalam TV1 Warta Jam 3 dan TV2 News at 10 serta NTV7 jam 5 ptg pada hari yang sama iaitu 24hb.April 2007.

Terkini
: Keesokkan harinya 25hb. April 2007 ianya telah di siarkan juga di dalam akhbar arus perdana seperti The Malay Mail serta akhbar The Star dan New Strait Times dan Shin Chew Daily


Wassalam.

FAQ

SOALAN–SOALAN LAZIM

Soalan 1 : Kumpulan pertama seramai 130 orang Pembeli DKI telah memfailkan tuntutan di mahkamah pada 24hb. April 2007 yang lalu. Adakah saya masih boleh menyertai kumpulan ini untuk membuat tuntutan?
Jawapan 1 : YA. Anda masih boleh menyertai kami untuk membuat tuntutan selagi penghakiman belum diputuskan. Tiada istilah menutup pintu kepada sesiapa juga Pembeli untuk membuat tuntutan ini. Malahan harapan kami agar kesemua (anggaran 900 Pembeli) Pembeli memfailkan tuntutan ini secara bersama sekiranya mereka telah bersetuju untuk berbuat demikian.

Soalan 2 : Saya ingin turut serta untuk membuat tuntutan. Apa yang perlu saya lakukan?
Jawapan 2 : Berikut adalah proses-proses untuk membuat tuntutan :-
1. Sila sediakan SALINAN dokumen tuntutan – klik di sini
2. Sila kira/istihar tuntutan di dalam borang Tuntutan Pembeli – Mohon di sini
3. Hantar dokumen tersebut kepada Peguam di Bangsar/Sunway beserta dengan yuran guaman
4. Peguam failkan kes ke mahkamah (Shah Alam, Selangor)
5. Perbicaraan
6. Penghakiman

Soalan 3 : Apakah jenis-jenis tuntutan yang boleh saya buat?
Jawapan 3 : Tuntutan yang boleh dibuat adalah seperti berikut :-
1. Tuntutan Gantirugi Khas
Tuntutan ini melibatkan wang yang telah kita keluarkan daripada peringkat awal seperti bayaran 10% daripada harga rumah, Bayaran yuran guaman dan lain2 lagi.
2. Gantirugi Am
Tuntutan ini melibatkan suffer yang kita alami selamamana Pemaju/Kontraktor tidak dapat menyiapkan rumah tersebut untuk membolehkan kita tinggal atau menyewakan kepada orang lain. Selain daripada itu, kita juga menuntut bayaran “early settlement” bank bagi melepaskan liability kita dengan bank.
3. Lain-lain
Lain-lain tuntutan akan diputuskan berdasarkan kepada budibicara mahkamah seperti kos dll.

Soalan 4 : Berapakah kos guaman yang perlu dibayar kepada Peguam untuk kes tuntutan ini?
Jawapan 4 : Sila berhubung terus dengan Peguam untuk mendapatkan maklumat tentang yuran guaman yang telah ditetapkan.

Soalan 5 : Adakah saya boleh menuntut LAD ?
Jawapan 5 : Kebiasaannya LAD adalah untuk rumah yang telah siap dibina dan tarikhnya dikira selepas tamat Perjanjian Pembinaan tersebut sehingga tarikh penyerahan kunci rumah oleh pihak Pemaju/Kontraktor. Tetapi di dalam kes DKI, memandangkan rumah gagal disiapkan seperti yang telah termaktub di dalam Perjanjian Pembinaan tersebut, maka tuntutan kita adalah sewaan rumah yang terpaksa kita bayar selama mana kita tidak dapat mendiami atau menyewakan rumah DKI tersebut.

Contohnya :-
Perjanjian Pembinaan dengan Bumi Circle : 1hb. Januari 2000
Tempoh siap : 36 bulan (1hb. January 2003)
Jumlah lewat sehingga 30hb.April 2007 : 40 bulan
Tuntutan = Harga Sewaan x 40 bulan

Soalan 6 : Berapa lamakah kes ini akan selesai ?
Jawapan 6 : Bergantung kepada perbicaraan dan keputusan mahkamah.

Soalan 7 : Saya telah menerima surat saman oleh pihak bank kerana tunggakan sebanyak RM20K dan dikehendaki hadir ke mahkamah untuk sebutan kes pada bulan hadapan. Apa yang perlu saya lakukan?
Jawapan 7 : Mengikut undang-undang, anda dinasihatkan supaya hadir di mahkamah pada hari sebutan kes tersebut. Dikhuatiri, sekiranya anda gagal hadir, penghakiman tetap dijalankan. Pilihan lain, anda disarankan supaya menghubungi pihak bank anda untuk memastikan kesahihan saman tersebut dan mohon berbincang dengan mereka. Kami yakin, pihak bank akan memahami situasi yang anda hadapi. (tambahan pula kes kita ini telah difailkan ke mahkamah).

Soalan 8 :
Saya telah disaman oleh bank dan sedang di dalam proses perbicaraan. Adakah saya masih boleh menyertai tuntutan ini? Manalah tau , dapat wang tuntutan ini, bolehlah saya bayar kepada bank tersebut.
Jawapan 8 :
YA, anda masih boleh menyertai tuntutan ini.

Soalan 9 : Saya telah diistiharkan bankrap oleh mahkamah. Adakah saya boleh menyertai tuntutan ini ?
Jawapan 9 : Ya, anda masih boleh menyertai tuntutan ini. Sila berhubung dengan Peguam kita untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Soalan 10 : Siapakah patut saya hubungi untuk pertanyaan sekiranya saya menghadapi masalah?
Jawapan 10 : Sila hubungi kami untuk sebarang bantuan. Anda juga boleh menghubungi Peguam untuk mendapatkan nasihat dari segi perundangan. Sila dapatkan no. telefon Peguam daripada kami.

Soalan 11 : Mengapakah tidak kesemua Pembeli DKI ini yang membuat tuntutan gantirugi ini?
Jawapan 11 : Kita sebenarnya tidak boleh untuk memaksa sesiapa juga diantara Pembeli DKI untuk sama-sama membuat tuntutan gantirugi ini. Ada juga Pembeli yang masih mengharapkan pihak pemaju untuk meneruskan pembinaan rumah tersebut.
Setiap Pembeli mempunyai HAK masing-masing samada untuk membuat tuntutan ini ataupun tidak. Berbagai usaha telah kita lakukan sebelum ini untuk memberitahu tentang jalan terakhir melalui saluran undang-undang ini untuk mengembalikan HAK kita. Namun disebabkan oleh faktor tempoh masa yang terlalu panjang selepas kegagalan Kontraktor menyiapkan rumah seperti yang termaktub di dalam Perjanjian, maka sebilangan Pembeli GAGAL dihubungi secara terus. Ada yang telah bertukar nombor telefon atau berpindah ke tempat lain. Malahan ada beberapa orang Pembeli yang telah meninggal dunia. Oleh itu, kita mengharapkan agar pemberitahuan ini sampai kepada mereka ataupun waris-waris mereka.

Soalan 12 : Bolehkah kita mengadakan sessi perjumpaan atau perbincangan ataupun membuat ulasan tentang kes ini selepas difailkan di mahkamah?
Jawapan 12 : Selepas kes kita difailkan di mahkamah, kita tidak menggalakkan sebarang sessi perjumpaan seperti sebelum ini walaupun secara tertutup mahupun memberikan sebarang ulasan kes ini secara terbuka termasuk kepada pihak media cetak mahupun media elektronik kerana dikhuatiri ianya akan menjurus ke arah mendahului prosiding mahkamah. Biarlah pihak mahkamah yang membuat keputusan terhadap kes tuntutan kita ini.

Soalan 13 : Sekiranya saya ingin turut serta membuat tuntutan ini, adakah perlu saya membuat "Laporan Polis" ?
Jawapan 13 : Tidak Perlu.



Tuesday, April 24, 2007

Fail Saman 24 April 2007

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t. hari ini 24hb. April 2007 (Selasa) bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1428H, kita telah selesai memfailkan tuntutan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Tanah Kuala Selangor dan Bumi Circle Sdn. Bhd jam 11:00 pagi di Mahkamah Shah Alam, Persiaran Pegawai, Seksyen 5, Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
Peguam yang hadir ialah Peguam Wan Shahrizal, Peguam Devano dan Peguam Maslina.
Ramai juga pihak media yang hadir pada majlis press conferrence tersebut antaranya Berita Harian, NST, Malay Mail, RTM, TV3 dan beberapa media lain (tiada tag nama, mungkin media lain...) untuk membuat liputan terhadap kes tuntutan kita ini.
Peguam Wan Shahrizal menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh wartawan. Disamping itu beberapa Pembeli kita juga telah ditemuramah oleh wartawan untuk mendapatkan gambaran yang jelas terhadap kes yang telah kita failkan ini.


Terima kasih kepada semua Pembeli yang hadir
untuk memberikan sokongan tersebut iaitu Sdr. Kamarol, Sdri. Kamariah, Sdr. Tengku Faiz (awal lagi dah sampai ke mahkamah), Sdr. Mohamad Rizal Misman, Sdr. Mohd Amin Ali dan Sdr. Zamri. Pun begitu, memandangkan Selasa adalah hari bekerja, maka ramai lagi Pembeli yang tak dapat hadir walaupun mereka ingin turut serta memberikan sokongan.

Mungkin juga kerana pemberitahuan tentang tarikh memfailkan kes ini yang agak lewat, maka Pembeli lain tidak dapat hadir sama.
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita untuk mendapatkan kembali wang kita.

Sila klik di sini untuk gambar sekitar sessi press conferrence tersebut.

Slot tersebut telah disiarkan di dalam TV1 Warta Jam 3 dan TV2 News at 10 serta NTV7 jam 5 ptg pada hari yang sama iaitu 24hb.April 2007.

Terkini
: Keesokkan harinya 25hb. April 2007 ianya telah di siarkan juga di dalam akhbar arus perdana seperti The Malay Mail serta akhbar The Star dan New Strait Times dan Shin Chew Daily


Wassalam.

Monday, April 23, 2007

Draf Saman

Pada 20hb. April yang lalu Sdr Kamarol telah menerima draf saman daripada Peguam.
Perjumpaan telah diadakan di rumah Sdr Kamarol (Batu 14, Puchong) dengan Sdr. Sabri, Sdr. Azwan, Sdr. Zulhaizan dan Sdri. Kamariah untuk tujuan meneliti dan memperhalusi isi kandungan saman tersebut disamping memastikan jumlah tuntutan kesemua Pembeli menepati seperti apa yang kita harap sebelum ini.

Penelitian draf saman tersebut bermula jam 8:45mlm dan berakhir jam 1:30 pagi.
Peguam Wan Shahrizal turut hadir untuk memastikan kelancaran proses penelitian tersebut.

Walaubagaimanapun, sekiranya masih terdapat kekurangan dari segi jumlah tuntutan tersebut, para Pembeli masih boleh memohon untuk membuat pembetulan setelah difailkan ke mahkamah nanti.
Ini adalah bagi memastikan proses tuntutan kita ini berjalan dengan lancar setelah tertunda selama 1 minggu disebabkan masalah dokumentasi Pembeli yang tidak lengkap.

Pada 22hb. April 2007, Sdr. Kamarol telah menyerahkan semula draf yang telah diteliti dan diperbetulkan kepada Peguam untuk tindakan selanjutnya.

Semoga usaha murni mereka memulakan tindakan ini akan diberkati oleh Allah.

Sila klik di sini untuk gambar.


Wassalam.


Selamat Datang

Assalamualaikum,
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, hari ini 23hb April 2007 kita melancarkan secara rasminya laman blog untuk Pembeli-pembeli Desa Kerayong Indah yang membuat Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli DKI.

Keujudan laman blog ini adalah bagi menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkenaan dengan kes tuntutan kita yang akan (selepas ini perbicaraan) dibicarakan di mahkamah.

InsyaAllah kami akan cuba menyampaikan apa-apa maklumat terkini dengan kadar yang segera dan akan cuba mengemaskinikan laman ini supaya Pembeli-pembeli yang membuat tuntutan ini mandapat maklumat yang terkini serta membuat rujukan tentang perjalanan kita untuk menuntut hak kita semula.

Pada masa ini, laman ini adalah terbuka dan boleh dilayari oleh sesiapa jua tanpa perlu mendaftarkan butiran mereka.

Oleh itu, kami meminta agar gunakanlah laman ini dengan sebaik yang mungkin.

Sekiranya terdapat apa-apa kesilapan yang tidak disengajakan, kami meminta agar siapa jua yang menjumpainya agar dapat memberitahu kepada kami secepat yang mungkin.

Sebarang komen dan cadangan bolehlah diajukan kepada kami.
Semoga Allah melindungi kita bersama.

Wassalam.

Sunday, April 22, 2007

Hubungi Kami

Sila hubungi kami untuk bantuan dan maklumat lanjut :-
Sdr. Kamarol 019-2262125 desakerayongindah@gmail.com
Sdr. Sabri 012-2136244 sabri@porite.com.my
Sdr. Azwan 017-2880425 azwan@shinko.com.my
Sdr. Zulhaizan 019-3241255 zulhaizan@svcorporation.net
Sdri. Kamariah 019-2705889

Friday, April 20, 2007

Pengenalan





Desa Kerayong Indah merupakan sebuah Projek Perumahan di bawah Kerajaan Negeri Selangor di kenali sebagai Projek PemberiMilikan Tanah Terancang di bawah Program Pembesaran Kampung, Kampung Bukit Kerayong, Mukim Jeram, Kuala Selangor, Selangor.

Dengan keluasan tanah sebanyak 216 ekar dan terletak di pinggiran bukit dan berstatuskan Rezab Melayu, ianya telah diilhamkan untuk pemberimilikan tanah terancang kepada individu dan orang perseorangan melalui kelulusan Majlis Exco Negeri Selangor Darul Ehsan.

Pelbagai rekaan rumah seperti Tanjung (RM45,000), Cempaka (RM98,000), Lot Banglo Melati (RM128,000), Lot Banglo Mawar (RM138,000) dan Lot Kedai telah ditawarkan secara terbuka kepada orangramai.

Antara kemudahan-kemudahan yang bakal disediakan termasuk sebuah masjid, sekolah rendah agama, lot-lot kedai dan lain-lain lagi.

Projek ini telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Menteri Besar Selangor Dato' Seri Abu Hassan Bin Omar pada 29hb Jun 1999 di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam.

Melalui Pejabat Tanah Kuala Selangor setiap Pembeli Desa Kerayong Indah ini telah diberikan surat tawaran pemilikan tanah terancang ini berserta dengan syarat iaitu menyetujui perlantikan Bumi Circle Sdn. Bhd. sebagai Kontraktor rasmi yang juga akan menyediakan kemudahan infrastruktur seperti jalanraya dan lain-lainnya. Pembeli juga dikehendaki menandatangani Perjanjian Pembinaan dengan kontraktor tersebut.

Setelah 36 bulan masa berlalu, seperti yang telah dijanjikan di dalam Perjanjian Pembinaan tersebut, Projek Perumahan yang memuatkan hampir 1100 buah rumah ini telah terbengkalai sepenuhnya dan disahkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Sehubungan dengan itu, seramai 130 orang Pembeli Kumpulan 1 telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24hb. April 2007 yang lalu dan diikuti oleh Pembeli Kumpulan 2, Kumpulan 3 dan Kumpulan 4.

Keujudan Kumpulan-Kumpulan Pembeli ini adalah disebabkan oleh faktor masa dan pemberitahuan yang agak sukar memandangkan ramai pembeli yang gagal dihubungi untuk tujuan pemakluman walaupun kita telah memulakan gerak kerja semenjak Disember 2006 yang lalu.

Akhirnya, semoga kes tuntutan ini akan BERJAYA sepertimana yang diharapkan oleh semua pembeli untuk mengembalikan semula segala kerugian samada wang ringgit mahupun masa yang telah dibazirkan dalam penantian tersebut. Semoga Allah s.w.t. akan memperkenankan doa dan permintaan kita semua yang telah teranaiya ini. Amin.

Wassalam
Blogger.



Thursday, April 19, 2007

Bagaimana Membuat Tuntutan

Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh Pembeli untuk membuat tuntutan :-

1. Sila sediakan SALINAN dokumen tuntutan
2. Sila kira/istihar tuntutan di dalam borang Tuntutan Pembeli – Mohon disini
3. Hantar dokumen tersebut kepada Peguam di Bangsar/Sunway beserta dengan yuran guaman
4. Peguam failkan kes ke mahkamah (Shah Alam, Selangor)
5. Perbicaraan
6. Penghakiman


SALINAN dokumen-dokumen tuntutan :-
1. Surat Tawaran Pemilikan Tanah dari Pejabat Tanah Kuala Selangor
2. Perjanjian Pembinaan dengan Bumi Circle Sdn. Bhd.
3. Perjanjian Pinjaman Bank/Kerajaan (jika pembiayaan sendiri, sertakan resit)
4. Geran tanah / Title tanah (Hakmilik Sementara)
5. Surat Pengesahan Arkitek(NKC) utk kerja pembinaan oleh Bumi Circle(jika ada)
6. Penyata Bank (Bank Statement) :-
Sila klik di sini untuk contoh surat kpd bank (jika perlu)
- Penyata bayaran ansuran bank (Jumlah yg telah dibayar oleh Pembeli kpd Bank)
- Jumlah "Early Settlement" yang perlu dibayar oleh Pembeli kepada Bank
7. Salinan kad pengenalan Pembeli

DOKUMEN-DOKUMEN LAIN
8. Resit bayaran pendahuluan 10% dari harga rumah (resit Bumi Circle)
9. Resit bayaran guaman (lawyer fee) bagi Perjanjian Pembinaan (resit Bumi Circle
10. Resit bayaran guaman (lawyer fee) bagi Perjanjian Pinjaman Bank
11. Resit bayaran Cukai Taksiran Majlis Daerah Kuala Selangor (jika ada)
12. Resit bayaran Cukai Tanah (Pejabat Tanah)
13. Resit bayaran Penilaian Harta/Tanah (jika ada)

NOTA :-
1. Pembeli disarankan supaya membuat tafsiran tuntutan sendiri untuk memudahkan urusan tuntutan gantirugi agar setiap Pembeli berpuashati dengan jumlah yang dituntut. Sila mohon jadual tuntutan disini
2. Untuk mendapatkan maklumat terperinci dan kos guaman, sila hubungi kami.


Wednesday, April 18, 2007

Album Retaining Wall


Album Spesifikasi


Album Kecurian


Album Hakisan


Sunday, April 15, 2007

DKI : Makluman Progess Tuntutan

InsyaAllah, kita akan memfailkan kes Tuntutan Pembeli DKI ini ke mahkamah pada awal minggu hadapan (minggu ketiga April 2007).

Seperti yang Peguam telah maklumkan kepada saya, semua urusan dokumentasi berjalan dengan lancar kecuali beberapa maklumat yang belum dilengkapkan oleh beberapa orang Pembeli seperti "Early Settlement" dengan Bank Pembeli tersebut. Maklumat ini adalah sangat mustahak bagi menjamin Pembeli yang membuat tuntutan ini dapat menyelesaikan baki pinjaman mereka dengan Bank tanpa menjejaskan kos tuntutan mereka.

Pada 13hb. April 2007 (Jumaat) yang lalu saya telah ke Pejabat Peguam di Bangsar untuk membincangkan beberapa isu yang bakal kita ketengahkan di dalam saman tersebut.
Juga meneliti beberapa fail Pembeli yang masih belum lengkap seperti yang saya maklumkan di atas.
Alhamdulillah, beberapa masalah kecil telahpun diselesaikan.


Apa yang saya harapkan, setelah kita memfailkan tuntutan ini ke mahkamah nanti, akan lebih ramai lagi Pembeli yang tampil untuk membuat tuntutan seperti kita.
Jadual untuk memfailkan tuntutan bagi Kumpulan Kedua juga telah kita rangkakan juga dan akan digabungkan bersama dengan Kumpulan Pertama ini.

Kita ada agenda seterusnya yang dirasakan perlu kita lakukan bersama bukan sahaja untuk diri kita, malahan ianya dapat membantu insan-insan yang senasib dengan kita yang masih tidak mengetahui tindakan yang kita lakukan ini.

Saya amat berharap agar Pembeli Kumpulan Pertama ini dapatlah kiranya mengkhabarkan kepada Pembeli-pembeli tersebut agar mereka tidak terlepas peluang ini.

Semoga Allah memberkati dan merestui tindakan kita ini.

Wassalam.
Kamarol

DKI : Siri Keempat

DKI : Projek Terbengkalai Selamanya Siri Ke4 (07 Mac 2007)

Assalamualaikum rakan-rakan ku sekalian,

Masihkah kau ingat 1999?
Masihkah kau ingat waktu itu anak kita berlari-lari?
Masihkah kau ingat waktu itu ?

Masih lagi aku teringat pada nama Haji Mahadi,
Datang bertamu merisik khabar
Menyusur lalu mengalas harapan
Sebuah desa mengunung impian

Aku pulang membawa seribu harapan
Lapan tahun yang lalu (1999) ...

"Nak buat apa duit RM 200 ni bang?" tanya si isteri

"Besok masuk dalam Tabung Haji.. jawab si suami ringkas.
"Hai...hari tu kan dan masuk RM200", balas si isteri terkejut.
Ala...kan ke kita nak ubahsuai rumah DKI tu nanti ...!

Kan awak jugak nak pasang kabinet kat dapur, nak taruk lantai jubin lah...macam-macam lagi...

Bilik anak2 kita tu lagi...Sebab tu abang kena budget RM400 sebulan...cukup 36 bulan dapatlah dalam RM 14,000...bolehlah kita ubahsuai.

Yealah bang, nanti besok saya masukkan...kata si isteri dengan penuh semangat.

"Ayah...bilik Alin nanti, Alin nak cat warna biru, Alinnn...nak almari baru, katil baru... boleh tak ayah...." , Tanya si anak.

“Boleh...tapi kena janji dengan ayah...”
“Alin kena belajar rajin2. Kat situ ada sekolah agama, bolehlah Alin belajar disitu yea” kata si ayah

“Baik ayah” balas si anak dengan penuh harapan

Sekarang.. (Selepas 7 tahun)

"Bang...keluarlah duit simpanan Tabung Haji abang tu..." pujuk si isteri
"Tak tahan lah saya,bang.. hari-hari bank talipon tanya pasal ansuran..." keluh si isteri lagi.
"Hari ni pulak saya terima surat saman tunggakan RM15,000...takut lah saya bang"
"Abang bayar je lah, pakai duit Tabung Haji tu...sambung si isteri dengan nada sedih.

Jawab si suami," Tahun lepas kita dah keluar RM10,000...ni nak kena bayar lagi.
Wang akaun2 KWSP sayapun dah habis keluar...tapi bayang rumahpun tak nampak lagi"
"Tulah awak,nak sangat rumah DKI tu...cantik lah...atas bukit lah....macam2 lagi"
"Saya dah cakap dulu...BC tu bukannya Kontraktor yang ada pengalaman buat rumah macam tu!!"
"Kat Selangor nie...tengok..mana orang kenal BC!!!" Jerkah sisuami.

"Kalau kita beli kat tempat lain..tak jadi macam nie..." Sambung si suami
"Kawan saya tu...tak sampaipun 3 tahun dah siappun rumah dia"..ujar si suami.
"Awak tau syarikat mana??..tu Lebar Bumi punya syarikat...",
"Takde lah macam syarikat Putar Bumi tu"... tambah si suami

"Saya nie..macam-macam nak bayar, sewa rumah nie je dah RM700, dah tu campur ansuran rumah DKI tu dah RM1200..
Mana saya nak cari sebanyak tu? Bil api, bil air, kereta lagi, semua saya yang bayar...matilah saya kalau macam nie", bebel si suami

"Lagipun loan tu kan ke atas nama awak, fikirlah macam mana nak bayar", balas suami sambil beredar meninggalkan si isteri kebingungan.

Sketsa di atas adalah senario yang biasa berlaku kepada pembeli DKI sekarang.

Dek kerana impikan DKI, pasangan suami isteri bertelagah.
Dek kerana impikan DKI, wang simpanan kering kontang.

Marilah... wahai rakan-rakan ku sekalian,

Apalagi yang kita nantikan, bayangan DKI semakin jauh meninggalkan kita bersama seribu kenangan pahit yang pasti tidak termampu dilupakan lantaran dari kerakusan manusia tanpa mengenal batas sempadan.

Perjalanan hidup kita pasti akan akan lebih bermakna seandainya DKI tak pernah datang bertandang dalam hidup kita.

Pun begitu DKI telah banyak mengajar kita erti sebuah hidup dan kehidupan.
Keharmonian rumahtangga dieratkan lagi dengan impian sebuah “banglo impian” bak Taj Mahal nun di puncak sana.

Kita membayar dengan “harga” yang begitu mahal.

Mengorbankan wang,masa dan tenaga untuk sesuatu yang semakin hampir terkubur yang tak mampu kita nikmati untuk berteduh dibawahnya walau seketika cuma.

Masa telah merubah segalanya.

“Mereka merancang, Allah juga ada perancanganNYA. Namun akhirnya, perancangan ALLAH jua yang menjadi kenyataan” .

Mana mungkin kita dijanjikan dengan sebuah lagi kepalsuan setelah kita digula-gulakan dengan janji-janji palsu dalam Perjumpaan Kedua di Dewan Orang Ramai Meru pada 2004 yang lalu.

Apakah mungkin untuk kita menerima semula dengan orang yang sama yang pernah memungkiri janjinya????

Masih ingatkah pada janji-janji Kontraktor PS melalui En Johari di Dewan Orang Ramai di Meru pada Perjumpaan Kedua dahulu pada 2004 ?

August 2006 rumah siap
Oktober 2006 selewatnya CF akan dikeluarkan.

Dalam kegelapan dan kekalutan ini, kita tercari-cari satu cahaya yang kita harap dapat menyinari kembali kegelapan ini untuk kita meneruskan kehidupan kerana keyakinan kita terhadap DKI telah terkubur sejak 2002 lagi.

Lantas kita dikhabarkan oleh satu suara menunjuk arah tuju untuk melalui sebuah laluan yang terbentang di hadapan sana.

Kita diyakinkan dengan keazaman dan kekuatan bahawa HAK kita masih ada walaupun kian terhakis menjelang 2008.

Marilah bersama-sama kita menerangi laluan tersebut agar ianya boleh dilalui oleh insan lain yang tidak mendapat perkhabaran ini.

Memang telah menjadi lumrah dunia, usaha kita bakal dan telahpun menjadi bahan sendaan oleh insan-insan yang berhati waja bukan pada tempatnya.

Namun, wahai teman-temanku sekalian, INGATlah bahawa
Selama ini kita tercari-cari dimana silapnya.

Apakah mereka bersalah?
Atau kita yang menyerah?

Desa yang suatu masa dahulu hiruk pikuk dengan kicauan burung-burung kini menjadi tempat limpahan lumpur bertandang datang saban masa apakala hujan membasahi bumi.

Bumi yang seketika dahulu menghijau dengan limpahan hasil bumi, kini kering tandus dek kerakusan manusia sendiri.

Tiada apa lagi yang termampu kita lakukan untuk mendapatkan kembali wang kita, selain membuat tuntutan ini di mahkamah.

Seandainya kita telah menetapkan untuk menuntut HAK kita melalui saluran Mahkamah, kita tetap akan teruskan, tetapi hak Pembeli lain yang ingin berterusan mendapatkan rumah tidak boleh kita nafikan. Itu HAK mereka.

BIARKANLAH.

InsyaAllah, kita berpegang pada janji.
31hb Mac 2007 adalah tarikh akhir untuk memberi peluang kepada mereka untuk membuat keputusan samada menyertai kita atau sebaliknya.

Harus diakui, bahawa kita tidak boleh lari daripada melalui semua ini.
Masing2 ada HAK mereka sendiri, termasuk kita juga.
Kita tidak boleh memaksa sesiapa jua untuk mengikuti kita untuk membuat tuntutan ini.

Kita terpaksa membuat keputusan ini kerana sudah tidak lagi mampu bertahan dengan kesusahan yang kita lalui dimana terpaksa mengeluarkan duit kepada sesuatu yang kita tak nampak hasilnya selepas bertahun2 menanti.

Dalam masa yang sama, kita terpaksa “mendermakan” (mengambil ungkapan seorang Pembeli) sejumlah wang kepada mereka tanpa kerelaan kita.

Saya banyak menerima banyak rungutan dari Rakan2 Pembeli seperti :-

  1. Tunggakan Bank sehingga puluhan ribu ringgit
  2. Telah di senarai hitamkan oleh Bank Negara
  3. Menerima saman dari pihak Bank
  4. Bermasam muka antara suami isteri setiap awal bulan kerana sejumlah wang gaji digunakan untuk membayar ansuran bank.
  5. Terpaksa keluarkan wang simpanan KWSP (dah 3,4 kali keluar)
  6. Terpaksa keluarkan Wang Tabung Haji yang bakal digunakan untuk ke Mekah
  7. Terpaksa keluarkan wang simpanan sendiri
  8. Selalu ditanya oleh keluarga,jiran dan rakan-rakan..Rumah Bila Nak Siap????
  9. Kerja dah bertahun-tahun, tapi rumah sendiri tiada lagi.

Mengapa kita harus lalui ini semua?
Ya Allah, kuatkanlah semangat HAMBA-HAMBAMU ini untuk menuntut HAK sendiri.

Saya terfikir, bagaimana keadaan Pembeli yang telah membatal/menghentikan Pinjaman Bank tetapi masih menanggung pinjaman yang belum dijelaskan dengan jumlah yang besar.

Bagaimana harus mereka menandatangani Perjanjian dengan PS dan dalam masa yang sama perlu mendapatkan Pembiaya (Loan Bank) yang baru bagi membolehkan PS menyiapkan rumah impian tersebut?

Bukankah geran tanah dikaveatkan kepada bank lama (masih ada baki belum jelas) dan hanya boleh dilepaskan setelah Pembeli melunaskan keseluruhan pinjaman?

Entahlah….macam mana mereka menghadapinya? Dan seandainya Pembeli gagal mendapatkan pembiaya dengan apa cara sekalipun, sudah pasti tanah tersebut terpaksa dipulangkan semula kepada Pejabat Tanah Kuala selangor. Pasti akan bertambah rumit masalah Pembeli sedemikian.

Atau ini juga perancangan rapi untuk meluputkan HAK dan tanah Pembeli?

Saya menyeru kepada Rakan-rakan Pembeli yang senada dengan kita supaya memperkuatkan barisan kita dalam menghadapi tentangan dari mereka-mereka yang cuba melemahkan kita.

Jangan biarkan mereka berterusan mengaut keuntungan hasil dari keringat dan titik peluh kita setelah bertahun-tahun kita mengumpul wang untuk memiliki sebuah rumah impian bagi dijadikan tempat berteduh seisi keluarga.

Berhati-hatilah ketika melayari Yahoo Group kerana kita tidak mahu berlakunya pertelingkahan sesama Pembeli walaupun masih ada Pembeli yang ingin terus mendapatkan rumah tersebut. Janganlah kita berhujah disana kerana pasti akhirnya ia akan menjadi tersasar dari landasan atau sengaja disasarkan lalu menjadi satu perdebatan yang tiada kesudahannya.

Bersambung ke siri ke 5……
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita untuk mendapatkan kembali wang kita.

(oleh Sdr Kamarol)

Wassalam.



DKI : Siri Ketiga

DKI : Projek Terbengkalai Selamanya Siri Ke3 (15 Feb 2007)

Salam kepada Pembeli DKI sekalian.

Andai orang bertanya rumah dah SIAP ke? Bila pindah?
Apakah lidah kita masih mampu berkata ENTAHLAH ....

Andai orang berkata, dah 7 tahun tak siap lagi,kena TIPU nie!!
Apakah lidah kita masih mampu berkata BIARLAH...BIARLAH....!!!

Andai kata BANK talipon minta buat BAYARAN PINJAMAN,
Apakah lidah kita masih mampu berkata BULAN DEPAN....!!!

Andai kata LAWYER BANK hantar surat SAMAN,
Apakah lidah kita masih mampu berkata "MATILAH AKU ...!!!

Janganlah dek kerana terlalu inginkan sebuah rumah yang entahkan siap entahkan tidak, kita biarkan diri kita ditindas sebegini rupa.
Semua maklumat yang kita perolehi hanya sekadar "dengar cakap" dari mulut ke mulut. Adakah ini semua boleh dipercayai setelah 7 tahun 5 bulan berlalupergi (besamaan dengan 2,670 hari)?

Inilah sebahagian dari rentetan peristiwa yang berlaku :-

1. Pembinaan DKI sejak dari awal penerokaan tanah jelas menimbulkan bantahan dari penduduk kampung yang merasakan mereka telah tertindas. Sesetengah drpd mereka telah hilang sumber mata-pencarian.

2. Limpahan air beserta dengan lumpur dari Projek DKI telah terpaksa dihadapi oleh penduduk kampung apakala hujan lebat, pernah disiarkan oleh media suatu ketika dahulu.

3. Keadaan peparitan (ketika ini) dibiarkan sebegitu rupa telah menyebabkan parit dan longkang menjadi semakin cetek. Apakala hujan, pasti kebimbangan penduduk terhadap banjir semakin tinggi. Malahan ada sebilangan rumah telah dinaiki air suatu ketika dahulu.

Pada masa itu ada sesiapa yang ambil berat masalah penduduk kampung.
Penduduk yang merasakan mereka telah teranaiya, tiada apa daya untuk mengadu.
Tangisan mereka mengiringi jutaan ringgit yang masuk ke kantung manusia2 ini.

Dentuman bom buatan manusia memusnahkan alam ciptaan Ilahi tanpa memikirkan setiap kali meledak, setiap kali itulah insan2 yang berada disekitar DKI merungut kerana tempias bunyi dan kotoran bertandang datang ke rumah mereka saban hari.

Bukankah rungutan mereka2 yang teranaiya ini merupakan satu doa?

Projek bernilai lebih RM 100 juta mesti diteruskan kerana bagi mereka, bayangan
DUIT telah menyebabkan mereka LUPA...akan tugas dan amanah yang harus dilaksanakan.
Mereka lebih takutkan kantung kosong daripada takutkan ALLAH dan UNDANG2.
Sebab itulah maka mereka sanggup membelakangi undang2 kerana apa?
Kerana ada sesuatu yang mereka sembunyikan daripada pengetahuan kita sesudah wang kita "dilarikan" mereka. Inilah yang akan kita bongkarkan demi untuk menuntut agar HAK dan DUIT kita dikembalikan.

Perkiraan andaian (average) :-

Harga Rumah : RM 128,000
Pendahuluan 10% dibayar : RM 12,800
1000 rumah : RM 12,800 x 1000 = RM 12.8 JUTA
Bank Rakyat (RM62juta) : katalah dah bagi sikit = RM 20 JUTA

Bank Pembeli released : RM 50,000 (average dah release)
1000 pembeli : RM 50,000 x 1000 = RM 50 JUTA

Jumlah diterima oleh BC = RM12.8 Juta + RM20 Juta + RM50 JUTA = RM 82.8 Juta
Nilai Pojek DKI = RM 100 JUTA
Baki kewangan = RM 100 JUTA - RM 82.8 JUTA = RM 17.2 JUTA.

1. Dengan berbaki RM 17.2 JUTA tersebut, mana2 syarikatpun takkan mampu siapkan.
2. Itu belum ditolak Pinjaman pusingan modal RM 20 JUTA dari Bank Rakyat. Kalau di tolak, jawabnya -RM2.8 JUTA.
3. Kos guaman yang kita kena bayar (lowyer bank + lawyer pemaju).
1 orang pembeli kena dlm RM2,000 = RM2,000 x 1,000 = RM2 JUTA
Sapa yang dapat duit nie?

Sedih...pilu...hiba....mereka bermain dengan nilai jutaan ringgit.
Tapi kita ....penuh dengan kesengsaraan.

Duit kita habis ribuan ringgit dan terpaksa membayar setiap bulan kepada bank untuk sesuatu yang kita tak nampak kesudahannya...tapi apa yang mereka lakukan???

Ada sesiapa samada dari JKKK/BC/Pejabat Tanah/wakil kerajaan negeri beritahu kita status projek tersebut? Kenapa kita yang terpaksa bertanya perkembangan projek DKI yang terbengkalai itu. Kenapa tidak ada pihak yang berani keluarkan statement projek tersebut?

Kenapa mesti kita saban masa menghubungi Kerajaan Negeri/PKNS/LPHS/PS/BC?????
Kenapa mesti kita merayu mereka untuk menyiapkan rumah idaman kita sedangkanpembayaran dari bank ke BC tak pernah sangkut????? Kenapa mesti kita bersusah payah suruh mereka siapkan,sedangkan kita yang BAYAR?

Kalau pembayaran sangkut, pasti lawyer pemaju akan menghantar surat peringatan, dengan ugutan mengenakan kadar faedah bagi setiap kelewatan release duit. Kalau kita lewat atau tak bayar ansuran dengan bank, pasti bank tel..surat..then surat lawyer akan dihantar kepada kita (charge lawyer kita bayar tu..).

Kedua-dua lawyer tu kita yang bayar, dah tu mereka nak dakwa kita pulak...
Bukankah itu sesuatu yang PELIK...tetapi kita kena terima kerana tiada pilihan,demi untuk memiliki sebuah rumah idaman.

Kesimpulannya, kita membayar lawyer untuk mereka saman kita semula.

Inilah yang dikata kerakusan sifat manusia yang hanya mementingkan kantung sendiri.
JADI...apa tindakan kita?
Fikirkanlah...
APA yang kita tuntut adalah HAK kita....

(oleh Sdr Kamarol)

bersambung didalam Siri ke4


DKI : Siri Kedua

DKI : Projek Terbengkalai Selamanya Siri Ke2 (14 Feb 2007)

Assalamualaikum.
Salam sejahtera kepada Pembeli Desa Kerayong Indah.

Indah hanya dimata, tapi siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku dan cuba dilakukan oleh segelintir manusia2 yang semakin rakus. Dipadankan dengan sifat tamak haloba mengejar kekayaan dunia dari keringat dan air mata orang lain.

Apalah daya kita sebagai Pembeli. Masing2 hanya mampu menadah memohon agar DKI disiapkan juga, walaupun tak pasti sampai bila?

1. Berfikirlah secara rasional apakah DKI yang ingin kita jadikan tempat berteduh mampu direalisaikan oleh manusia seperti ini.

2. Apakah keperitan yang kita alami sepanjang 7 tahun mampu digula-gulakan oleh mereka.
3. Apakah bebanan yang kita tanggung selama ini berbalas hanya dengan
YAKIN projek DKI akan mampu disiapkan untuk 36 bulan yg akan dtg?

4. Apakah sesudah rumah idaman siap (itupun kalau siap),masalah lain
takkan timbul (kesan dari janji siap!!)

Pengalaman kedua mengajar saya erti kerakusan manusia yang mempunyai kuasa dalam mengumpul kekayaan.

Projek yang cuba dibangunkan oleh segelintir manusia tanpa segan silu mengubah pasak bumi serta tadahan air yang dicipta Ilahi semata2 untuk mengaut keuntungan segera, pasti akan berakhir dengan KEGAGALAN.

Negeri Hang Tuah sebuah kawasan yang mampu memuatkan lebih 1000 orang ini diberi anugerah milikan tanah ternyata berakhir dengan KEGAGALAN dek kerana ketamakan segelintir mereka yang mempunyai kuasa.

Ternyata kawasan tersebut sekarang menjadi seolah2 padang jarak padang terkukur. semakpun tak mau tumbuh lagi!!!

Kesamaan DKI dengan yg saya alami di Negeri Hang Tuah tersebut telah mendorong saya untuk mengajak rakan2 Pembeli yang lain untuk sama2 MENUNTUT hak kita dikembalikan.

Kita bukannya nak menuntut dari mereka yang tidak berduit.
Kita MENUNTUT hak kita daripada mereka yang mempunyai duit.

Yang tak berduit itu pasti akan diistiharkan BANKRAP sepertimana ada segelintir kita yang telahpun diistiharkan begitu oleh BANK kerana gagal melunaskan pinjaman BANK.

Inilah yang akan dilakukan oleh Lawyer kita.

Cara dan prosedurnya bukanlah menjadi masalah kepada kita.

Inilah tugas Lawyer kita untuk menjejaki mereka yang bertanggungjawab. Itu janji beliau.

Usahlah kita membuang masa bertelagah sesama kita untuk mencari penyelesaian sendiri sedangkan DKI semakin hampir pasti terkubur bersama impian sejak 1999 lagi.

Jangan nanti, bila segolongan telah beroleh kemenangan, segolongan yang lain menyalahkan diri sendiri kerana telah menjadi sikap orang Melayu seperti kita MUDAH LUPA dan takut menghadapi "mereka".

Marilah bersama kita MENUNTUT HAK kita dikembalikan.
Daftarkanlah nama beserta butiran anda sebelum terlambat.

Hubungi saya atau Sdr Sabri atau Sdr Azwan.

Wassalam
(oleh Sdr Kamarol)


DKI : Siri Pertama

Assalamualaikum. siri Pertama (13hb . Feb 2007)

Saya panjangkan e-mail yang saya tulis pada 10hb.Februari 2007 lalu.
Tapi tak dapat post ke yahoogroup kerana masalah server.
Saya baru balik sekejap tadi dari DKI. Tengok tapak projek.
Jalan nak masuk punyalah seksa. Kalau keta memang tak lepas punya. Itupun saya kena pakat ngan orang rumah tambak dengan batu supaya lepas masuk sampai ke atas. Saya habiskan masa lebih 2 jam meneliti projek DKI. Hanya kesedihan dan airmata yang dapat menggambarkan keadaan rumah kita semua.

Sempat saya ambil lebih dari 100 keping gambar. Keadaan rumah , persekitaran. Sekali tu terjumpa dengan seorang lelaki dlm kawasan DKI, katanya duduk di Bukit Kerayong. Lain macam je bunyinya.

Tengok keadaan dalaman rumah yang dah siap atau hampir siap, macam tak percaya. Wayar elektrik, kepala paip (tembaga) dsbnya, lesap…. Ada rumah yang dikelilingi semak..malahan semak lagi tinggi dari atap rumah.

Hakisan tanah, toksah cakap….sedih sekali. InsyaAllah dalam perjumpaan yang akan datang, saya akan print gambarnya untuk tontonan kita semua.

Bukanlah kita tidak mahu bersabar. Malahan kitalah (orang Melayu) yang paling bersabar dalam segala segi.
Tapi…kesabaran kita ada hadnya..
Tapi kalau dah terpaksa keluarkan duit untuk sesuatu yang kita tak boleh nak dapat…apa gunanya.

Boleh kita sabar kalau hari2 bank talipon. Surat …toksah nak cakap, macam2 kaler yang dapat.
Tanyalah pada pembeli lain, berapa orang yang dah kena Black List (termasuk saya).

Pasal orang lain yang buat hal, kita yang kena tanggung kesusahan. Betul ke tu? Dah tu apa hak kita sebagai pembeli? Sebagai rakyat ?

Pasal perjanjian baru tu, saya tak mahu sentuh banyak sangat. Tapi berfikirlah secara bijak, Tidak ada satu companypun dlm dunia ini yang akan sanggup ambil alih projek tanpa apa2 tambahan bayaran.

Takkan lah Kerajaan negeri nak topup…BC lagi tak payah. Pusing2 balik, pembeli jugak yang kena. Sebab tu diaorang nak kita sain agreement baru.

Bagi saya….no agreement baru, kerana agreement dulu dah cukup apa…

Agreement baru tu nanti semata2 untuk menutup kesalahan mereka serta mengesahkan bahawa kita tak boleh saman mereka. Tanyalah kepada mana2 lawyer…itulah jawapannya.

Nak tunggu lagi 36 bulan? Besok buat hal lagi…tapi kali ni nak sue sapa? PS….BC?....dah tak boleh saman lagi sebab 2008 tarikh legal action tamat.

Ini adalah pengalaman kedua saya beli rumah yang melibatkan Tanah Anugerah kerajaan Negeri.
Kes pertama berlaku di Melaka, tanah kelahiran saya. Malas saya nak cerita panjang…sedih.
Yang jadi mangsanya adalah kita.

Marilah kita bersama, bergabung usaha untuk menuntut hak kita.
Sudah tiada gunanya kita menuntut RUMAH yang entahkan siap entahkah tidak.

NOTE : Kami sedang mengumpul sejumlah pembeli untuk tujuan legal
action dan lawyer telahpun dilantik beberapa hari yang lalu.
Kepada pembeli yang ingin menuntut gantirugi, anda semua dialu-alukan.

Wassalam.
(oleh Sdr Kamarol).


Saturday, April 14, 2007

Tuntutan Pembeli DKI

Uji Pelancaran Pertama