1811 yang telah kita lalui pada hari ini walaupun pada dasarnya masih belum dapat diputuskan oleh mahkamah, namun jumlah kehadiran rakan-rakan pembeli rumah terbengkalai Desa Kerayong Indah yang ramai telah sedikit sebanyak memberikan kekuatan dan semangat yang tinggi bukan sahaja kepada diri kita sendiri, malahan kepada peguam kita untuk terus memperjuangkan hak kita sejak kes tuntutan ini difailkan di mahkamah pada
yang lalu.
Begitu juga dengan kehadiran beberapa orang wartawan media cetak dan media elektronik telah hampir sahaja memenuhi ruang aras 5 Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Jumlah kehadiran pada hari ini adalah hampir 250 orang. Admin ingin mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada rakan-rakan Desa Kerayong Indah yang telah hadir seawal jam 6:00 pagi. Begitu juga rakan-rakan yang telah berkorban mengambil cuti tahunan dan yang datang dari luar Lembah Klang termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Lencana Desa Kerayong Indah (sumbangan seorang rakan pembeli) telah diedarkan kepada rakan-rakan yang belum menerimanya dan dipakai oleh semua sebagai simbol kesepakatan kita.
Kemudian bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Hanif telah berlangsung di ruang Lobby Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Selesai bacaan doa selamat pada jam 9:15 pagi rakan-rakan telah mula menaiki aras 5 bangunan mahkamah dan berkumpul di sana untuk menunggu keputusan kes tuntutan.
Peguam-peguam dilihat mula memasuki kamar YA Hakim pada jam 9:50 pagi dan hanya keluar selepas hampir 1 jam kemudian diikuti dengan taklimat oleh peguam di luar bilik mahkamah.
Selepas selesai taklimat oleh peguam, semua rakan-rakan Desa Kerayong Indah telah berkumpul semula di ruang Lobby Mahkamah dan Admin telah memberikan taklimat ringkas berhubung dengan keputusan yang telah diperolehi daripada perbincangan di kamar Hakim.
Kesimpulan yang dapat dimaklumkan berkenaan apa yang telah diputuskan pada hari ini adalah :-
1. Kegagalan pihak Defendan 1 dan 2 untuk mengemukakan Penggulungan Hujahan secara bertulis seperti pada masa yang ditetapkan iaitu 27hb Oktober 2014. Mereka hanya mengemukakan Hujahan pada petang Isnin 17hb Nov 2014.
2. Kegagalan pihak Defendan 3 mengemukakan Penggulungan Hujahan secara bertulis.
Sehubungan dengan itu berdasarkan kepada perbincangan dan hujahan secara verbal di kamar Hakim pada hari ini 18hb Nov 2014, diantara peguam-peguam Defendan 1,2 dan 3 serta peguam kita di hadapan YA Hakim, maka kesimpulan yang diperolehi adalah :-
1. Defendan 1 dan 2 dikehendaki memperbaiki Penggulungan Hujahan Bertulis kerana terdapat banyak Hujahan Plaintif (difailkan pada 3 Nov 2014) GAGAL dijawab oleh Defendan 1 dan 2.
2. Defendan telah diarahkan oleh YA Hakim untuk mengemukakan Penggulungan Hujahan Bertulis kepada mahkamah sebelum Isnin 24hb Nov 2014.
3. YA Hakim telah menetapkan Isnin 24hb Nov 2014 sebagai Klarifikasi terhadap semua dokumentasi penghujahan kedua-dua pihak iaitu Plaintif dan Defendan-defendan.
Kemudian YA Hakim akan menetapkan satu tarikh baru untuk memberikan keputusan terhadap kes tuntutan ini berdasarkan kepada merit pembuktian atau sebaliknya.
Admin menjangkakan keputusan kes akan diumumkan oleh YA Hakim pada penghujung November 2014 atau selewat-lewatnya pada awal Disember 2014 ini.
Sehubungan dengan itu, Admin menyeru agar rakan-rakan semua dapat hadir ke mahkamah pada Isnin 24hb November 2014 ini seterusnya akan dapat memberikan semangat perjuangan kepada peguam semasa penggulungan hujahan ini nanti.
Jawatankuasa Tuntutan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan pembeli Desa Kerayong Indah yang telah hadir di Mahkamah pada hari ini.
InsyaAllah, berkat kesabaran kita, kita pasti bahawa KEMENANGAN itu adalah milik kita seandainya Allah mengizinkan. Cuma masa yang seringkali menghambat kita samada cepat atau lambat.
Semoga Allah akan memberikan KEMENANGAN kepada kita. InsyaAllah.
Nota :
Defendan 1 - Kerajaan Negeri Selangor
Defendan 2 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor
Defendan 3 - Bumi Circle Sdn Bhd
Jawatankuasa Tuntutan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan pembeli Desa Kerayong Indah yang telah hadir di Mahkamah pada hari ini.
BERSATU MENUNTUT HAK
Admin Desa Kerayong Indah
Sarapan Pagi dan Sumbangan Juadah
Berkumpul di Lobby Mahkamah
Naik Ke Aras 5 Mahkamah
Menunggu Keputusan di Luar Kamar Mahkamah
Taklimat Peguam
Turun Dari Aras 5 Mahkamah
Bacaan Doa