Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Monday, October 13, 2014

Maklumat Penting : Keputusan Perbicaraan Kes Tuntutan

Setelah melalui beberapa kali penangguhan dan 4 kali perbicaraan di Mahkamah Tinggi (Sivil) Shah Alam, Shah Alam, Selangor Ehsan, akhirnya YA Hakim telah menetapkan bahawa Keputusan Kes Perbicaraan akan diumumkan pada Selasa 18hb. November 2014 ini.

Kronologi perbicaraan yang telah diadakan adalah seperti berikut :-

1. 13 Jun 2014 : Pernyataan saksi Plaintif

2. 17 Jul 2014 : Pernyataan & soal balas Plaintif

3. 8 Sep 2014 : Pernyataan & soal balas terhadap saksi Plaintif

4. 2 Okt 2014 : Pernyataan & soal balas terhadap saksi Defendan


Sehubungan dengan itu Admin menyeru kepada rakan-rakan pembeli Desa Kerayong Indah untuk sama-sama hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada masa yang telah ditetapkan itu nanti.

Alamat Mahkamah Tinggi Shah Alam :-

Bangunan Mahkamah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Pesiaran Pegawai, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : +603-5510 3543

Koordinat GPS : 3.083143, 101.512382


InsyaAllah, kehadiran semua rakan-rakan akan dapat memeriahkan sambutan kemenangan. Namun andainya kita kalah, ia akan dapat memberikan semangat kepada barisan peguam untuk ke Mahkamah Rayuan nanti.

Setakat hari ini (13 Oktober 2014), seramai lebih daripada 105 orang (dijangkakan bersama suami/isteri) rakan Pembeli Desa Kerayong Indah telah mengesahkan kehadiran pada 18hb. November 2014 nanti melalui aplikasi Telegram.

Jawatankuasa Tuntutan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan pembeli Desa Kerayong Indah yang telah hadir di Mahkamah sepanjang perbicaraan yang telah berlangsung.

Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke Hadrat Ilahi dan melakukan solat hajat memohon diberikan kemenangan kepada kita pada 18 November 2014 ini nanti. InsyaAllah

NOTA : Rakan-rakan yang masih belum menerima Lencana Desa Kerayong Indah, ianya akan diberikan secara PERCUMA (Sumbangan seorang rakan DKI) pada hari Keputusan Kes ini nanti atau boleh menghubungi J/Kuasa tuntutan untuk mendapatkannya.

BERSATU MENUNTUT HAK
Admin Desa Kerayong Indah