Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H


Hari Raya Aidil Fitri 1431H tiba lagi. Namun begitu Desa Kerayong Indah masih belum menampakkan tanda-tanda akan adanya penyelesaian sepertimana yang kita semua harapkan.

Diberitakan pihak pemaju yang lama (bukan Bumi Circle) berhajat untuk meneruskan projek pemulihan ini bilamana pemaju yang diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri telah untuk mengambil alih projek DKI telah menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dimaklumkan.

Apa-apapun, kita akan nantikan perkembangan tersebut. Yang pasti, dengan pengambil alihan ini akan memaksa kita untuk menandatangani Perjanjian Baru dan sekaligus akan melenyapkan Perjanjian yang telah ditanda tangani sebelum ini.

Oleh yang demikian, sekali lagi kita menyeru kepada semua Plaintif di dalam Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini agar tidak terpedaya dengan semua janji-janji untuk memulihkan projek DKI ini. Sekali kita menandatangani Perjanjian Baru, maka kita tidak lagi berhak untuk membuat tuntutan di Mahkamah ke atas projek terbengkalai ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga DKI. Mudahan Aidil Fitri 1431H ini akan membawa keceriaan kepada tuntutan kita. Maaf Zahir dan Bathin.

NOTA :
1. Kita sedang menunggu Tarikh Sebutan Kes (Perbicaraan)
2. Peguam akan memfailkan tuntutan bagi Kumpulan 7 (kumpulan baru) dalam masa yang terdekat.


Mudahan Allah mempermudahkan tuntutan kita.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf Zahir dan Batin.
Blogger.