Panggilan Akhir (SAMAN DI MAHKAMAH)

Sila ambil perhatian kepada tentang tarikh akhir kepada pembeli-pembeli yang masih belum memfailkan Tuntutan agar segera berbuat demikian bagi mengelakkan daripada ketinggalan untuk membuat Tuntutan Gantirugi. Tiada apa yang dapat dilakukan lagi sekiranya anda tidak memfailkannya di dalam tempoh yang telah ditetapkan apatahlagi jika Tempoh dan Hadmasa telah berakhir.

Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Saturday, December 6, 2008

Ucapan Takziah Kepada Puan Sarimah Shuhaimi

Sekalung ucapan takziah kepada Puan Sarimah Shuhaimi di atas pemergian suami tercinta yang juga Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Falkuti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Alllahyarham Shafiee Ahmad, 51 yang meninggal dunia di dalam kemalangan jalanraya di New Zealand pada 3 Disember 2008 yang lalu.

Alllahyarham dan Puan Sarimah juga merupakan salah seorang pembeli Desa Kerayong Indah yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah pada 24 April 2007 yang lalu.

Jenazah Allahyarham dijangkakan tiba di KLIA jam 8:00 malam ini (6 Disember 2008) dan dijangkakan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam SS21, Shah Alam keesokkan harinya.

Semoga Puan Sarimah dan ahli keluarga yang lain tabah di dalam menghadapi dugaan ini.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya akan dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. InsyaAllah.

Lain-lain berita :-
Utusan Malaysia
Bernama
Mstar


Al-Fatihah
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket