Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Thursday, November 27, 2008

Rencana di Sinar Harian




Wednesday, November 26, 2008

Siapa Peduli : Laporan BERNAMA



KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- "Saya perlu bayar RM1,200 sebulan selama 20 tahun kepada bank, namun rumah yang saya beli masih belum siap kerana terbengkalai.

"Perjanjian jual-beli pembinaan rumah telah ditandatangani pada Jun 1999 dengan pembinaan sepatutnya siap pada Jun 2002, tetapi sehingga hari ini (November 2008), rumah itu tidak dapat disiapkan dan terbiar begitu sahaja," begitulah keluhan Kamarolzaman Ismail kepada Bernama mengenai rumah yang dibelinya di sebuah projek perumahan berdekatan dengan Puncak Alam, Selangor. seterusnya...(klik gambar diatas)

Di Selangor...dimanakah pemimpin Pakatan Rakyat berada? Di Lobi Parlimen, menunggu Wartawan? Berebut-rebut kuasa, pecat sana, pecat sini atau sedang berkira-kira menanti Mac 2009?

Tak taulah nanti kalau berkuasa memerintah Malaysia...PASTI kita yang 100% Melayu Islam ini akan diketepikan begitu sahaja....sedangkan sekarang ini, terlalu banyak halangan, inikan pula bila memerintah Malaysia!!!!
Nak berjumpa dengan mereka, pakat kirim salam ajelah.

HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA atau Harapan Baru untuk MEREKA!!!!
Lu pikir la sendiri - NABIL






Tuesday, November 11, 2008

Projek Rumah Terbengkalai-Kerajaan Negeri



SHAH ALAM, 11 Okt (Bernama)-- Pembeli rumah di projek perumahan Desa Kerayong Indah di sini yang terbengkalai sejak sembilan tahun lepas memohon bantuan kerajaan negeri Selangor supaya pembinaan rumah mereka dapat diteruskan dan disiapkan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Pembeli, Kamarolzaman Ismail, 40 berkata pelbagai usaha telah dilakukan sejak sembilan tahun lepas untuk menyelesaikan masalah itu namun tidak berhasil.

"Pada masa yang sama pembeli yang kebanyakannya berpendapatan sederhana terpaksa membayar wang ansuran pinjaman rumah dengan pihak bank antara RM1,200 hingga RM1,300 sejak sembilan tahun lalu" - Kamarolzaman


"Kami sudah meminta bantuan daripada kerajaan negeri yang terdahulu serta pemaju projek itu Bumi Circle Sdn Bhd tetapi tiada perkembangan yang berlaku," katanya kepada Bernama di kawasan perumahan itu di sini petang tadi.

Beliau berkata antara alasan yang diberi oleh pihak kontraktor ialah kerja menggali tapak pembinaan diatas permukaan tanah yang berbatu dan di atas bukit menyebabkan kenaikan kos sehingga melebihi dari pengiraan asal dan menyebabkan projek tersebut tidak mampu diteruskan.

"Seramai 321 pembeli sudah pun memfailkan saman di mahkamah pada 24 April tahun lepas terhadap kerajaan negeri dan kontraktor terbabit pada 27 Febuari sebelum pilihan raya umum lepas, namun sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian.

Gambar di tapak Projek Desa Kerayong Indah

Sumber Berita BERNAMA



Projek Terbengkalai DKI Bebankan Pembeli-Sinar Harian



Kuala Selangor, Isnin 10 November 2008 - Pembeli Projek Perumahan Desa Kerayong Indah di sini menggesa supaya Kerajaan Negeri mengambil langkah drastik untuk menyelesaikan masaalah rumah terbengkalai yang berlarutan hampir tujuh tahun....seterusnya (klik gambar dibawah)





Monday, November 10, 2008

Keputusan Penetapan Tarikh Sebutan Kes K2K3-2



Isnin 10 November 2008 - Keputusan terhadap Penetapan Tarikh Sebutan Kes bagi Kumpulan 2 dan Kumpulan 3 yang dijadualkan pada hari ini (10 Nov 08) telah tertunda lagi ekoran daripada KEGAGALAN semua pihak Defendan iaitu Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor dan Kontraktor Bumi Circle untuk menghadirkan diri mereka di Kamar Hakim seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Ini adalah penangguhan kali kedua bagi Kumpulan 2 dan 3 sejak penundaan pertama yang sepatutnya berlangsung pada 5 Ogos 2008 yang lalu disebabkan YA Hakim yang mengendalikan kes ini "cuti".

Pihak Defendan memberikan alasan (apabila dimaklumkan oleh Peguam Pembeli) bahawa mereka tidak menyedari tarikh menentukan Penetapan Tarikh Sebutan Kes ini berlangsung pada hari ini iaitu 10 November 2008. Namun begitu, kita menyakini bahawa pihak Defendan tidak dapat menyediakan dokumentasi yang lengkap bagi tujuan Pengurusan Kes. Atau pihak Defendan GAGAL menyediakan hujah-hujah mereka untuk menolak tuntutan Pembeli Desa Kerayong Indah di dalam dokumentasi yang lengkap. Ini adalah kerana YA Hakim boleh membuat penghakiman terus pada hari ini sekiranya dokumentasi mereka adalah tidak cukup kuat (baik) untuk menghadapi perbicaraan sebenar nanti.

Walaubagaimanapun, Peguam kita yang memasuki kamar Hakim sendirian telah membuat aduan kepada YA Hakim terhadap 2 kali penundaan ini. Oleh itu, YA Hakim telah menetapkan Penetapan Tarikh Sebutan Kes yang akan datang adalah pada 16 Februari 2009 nanti. Pihak Defendan adalah dimestikan untuk "compile" kesemua dokumentasi mereka untuk Pengurusan Kes bagi YA Hakim menentukan samada perlunya perbicaraan atau terus menmbuat penghakiman. Jika masih ENGKAR, YA Hakim akan membuat penghakiman terus terhadap kes tuntutan kita ini.

Wassalam.



Sunday, November 9, 2008

Penetapan Tarikh Sebutan Kes K2K3-2



InsyaAllah, esok 10 November 2008 akan berlangsung Penetapan Tarikh Sebutan Kes bagi Pembeli Kumpulan 2 dan Kumpulan 3 di Mahkamah Tinggi (Sivil) 1, Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Tarikh ini adalah lanjutan daripada penetapan yang telah tertunda pada 5 Ogos 2008 yang lalu disebabkan YA Hakim yang mengendalikan kes ini "cuti".

Kita mengharapkan agar Penetapan Tarikh Sebutan Kes ini akan berlangsung dengan baik tanpa ada apa-apa halangan lagi seperti dahulu. InsyaAllah, permohonan untuk menggabungkan kesemua Kumpulan pembeli di dalam satu kumpulan perbicaraan akan dimaklumkan kepada YA Hakim bagi memudahkan lagi urusan perbicaraan kelak.




Surat Terbuka Kepada Pakatan Rakyat : Komen



Blogger banyak menerima komen daripada pengunjung blog ini samada daripada orang perseorangan mahupun parti politik terhadap Surat Terbuka Kepada Pakatan Rakyat. Alhamdulillah, walaupun ada komen yang agak kurang sopan, namun bagi kami yang menanggung kesusahan dan keperitan ekoran daripada kegagalan Kerajaan Negeri Selangor dan Kontraktor (bukan pemaju kerana kontraktor Bumi Circle adalah dilantik oleh Kerajaan Negeri) menunaikan janji untuk menyiapkan unit rumah yang dibeli, tetap akan kami teruskan perjuangan menuntut HAK kami.

Untuk pengetahuan pengunjung blog ini, Projek Desa Kerayong Indah ini adalah Projek Kerajaan Negeri Selangor dan disahkan sendiri oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS). Soal samada Kerajaan Barisan Nasional yang buat masalah dan mengapa Pakatan Rakyat harus dibebankan adalah satu alasan yang tidak masuk akal. Ini adalah kerana sesiapa juga yang memerintah adalah menjadi tanggung jawab mereka untuk menyelesaikanya dan bukan menuding jaring kepada orang lain.

Maka sebab itulah maka rakyat Selangor telah memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU-12 kerana menyakini janji untuk membantu rakyat yang telah dianaiya oleh Barisan Nasional dan bukannya bila berhadapan dengan soal kediaman rakyat dan memerlukan kos, maka jawapannya SABAR...SABAR..SABAR. Tapi kalau soal yang melibatkan bangsa lain, mengapa begitu cepat sekali tindakannya. Apa erti sebuah perjuangan dan pemerintahan kalau tidak sanggup menerima kritikan?

Bukanlah kami semua tidak sabar untuk menunggu setelah berperit menunggu lebih 9 tahun yang lalu sejak Projek Pemberimilikan Tanah Terancang telah terbengkalai sepenuh. Apa yang kami kesalkan adalah JANJI yang acapkali disebut-sebut namun tiada apa-apa kesudahannya. Bertanyalah saudara pengunjung blog kepada Sdr Ibrahim Yaacob (Pejabat DSAI), berapa kali beliau membuat janji kepada kami?

Kita semua adalah orang Islam. Setiap janji (pertemuan) wajib ditunaikan dan bukannya sebagai bahan gurauan.

Namun begitu, Kami bersyukur dan berterima kasih kepada mereka-mereka yang menghulurkan tangan dan memberikan sokongan dan dorongan untuk kami meneruskan perjuangan ini seperti Pas Bukit Sentosa, Pas Anggerik, Sdr Urwah Saari, Dr Hilal dan lain-lain.


LAWAN TETAP LAWAN






Friday, November 7, 2008

Keputusan Penetapan Sebutan Kes K1




Penetapan Tarikh Sebutan Kes bagi Pembeli Desa Kerayong Indah Kumpulan 1 yang dijadualkan pada hari Rabu 5 Nov 2008 lalu di Mahkamah Tinggi Sivil (2), Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam Selangor Darul Ehsan telah ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Ini adalah kerana kes tuntutan tersebut tiada di dalam senarai untuk pendengaran di kamar hakim yang bertugas.

Kita sebenarnya amat kecewa dengan insiden kedua ini selepas berlaku insiden pertama bilamana
Penetapan Tarikh Sebutan Kes bagi Kumpulan 2 dan 3 yang dijadualkan pada 5 Ogos 2008 yang lalu telah ditunda kepada Isnin 10 November 2008 disebabkan YA Hakim yang mengendalikan kes tersebut "bercuti".

Kita juga telah dimaklumkan bahawa YA Hakim Dato' Mariana Binti Hj. Yahya yang mengendalikan kes di Mahkamah Tinggi Sivil (1) telah bertukar Kuantan Pahang. Oleh yang demikian kesemua Pembeli yang terlibat di dalam tuntutan saman ini akan dikendalikan oleh YA Hakim Dato' Alizatul Khair Bte Osman Khairuddin di Mahkamah Tinggi Sivil (2).



Thursday, November 6, 2008

Surat Terbuka Kepada Pakatan Rakyat



Pembeli-Pembeli Rumah Terbengkalai,
Desa Kerayong Indah
Mukim Jeram
Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
e-mail :desakerayongindah@gmail.com
URL : http://desakerayongindah.blogspot.com

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum, Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Dato’ Seri Paduka Wan Azizah Wan Ibrahim
Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Dato’ Seri Haji Abdul Haji Bin Haji Awang,
Presiden, Parti Islam seMalaysia (PAS)

Blogger-Blogger,

Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Per : Surat Terbuka Kepada Pakatan Rakyat

Merujuk kepada perkara di atas, kami seramai lebih daripada 321 orang pembeli rumah Desa Kerayong Indah. Jeram, Kuala Selangor, Selangor ingin melahir rasa terkilan yang teramat di atas keengganan dan kegagalan pihak Pakatan Rakyat untuk meyelesaikan masalah kami ini.

Berikut adalah
Kronologi ringkas tentang permasalahan yang kami alami :-
  • 1999 – Mendapat surat tawaran Pemilikan Rumah Terancang (Desa Wawasan) daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor.
  • 2002- Pemaju gagal menyerahkan kunci rumah seperti yang dijanjikan.
  • 24 April 2007 – Kumpulan Pertama seramai 130 orang Pembeli Desa Kerayong Indah memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  • 28 April 2007- Pilihanraya kecil Ijok dengan isu saman ini digunakan di dalam kempen pilihanraya sama melalui ceramah mahupun internet (Blogger).
  • 8 Mac 2008 – Pakatan Rakyat memenangi Piliharaya di Negeri Selangor.
  • 13 Julai 2008 – Menyerahkan surat rasmi di kediaman DSAI di Segambut, meminta untuk berjumpa dengan DSAI untuk merayu agar mempertimbangkan serta menyelesaikan masalah kami.
  • 13 Ogos 2008 – Menghubungi pejabat DSAI. Pembantu menjawab untuk menyiasat samada DSAI telah menerima surat tersebut.
  • 28 Ogos 2008 – Menghubungi Pejabat DSAI sekali lagi. Kali ini jawapan yang diberikan adalah tidak tahu dan meminta saya terus menghubungi PA DSAI Sdr Ibrahim Yaacob untuk bertanyakan tentang penyelesaian yang telah dibuat.
  • 2 September 2008 - PA DSAI meminta agar saya menghantar e-mail sekali lagi tentang isi kandungan surat tersebut.
  • 30 Oktober 2008 – Selepas menghubungi PA DSAI lebih dari sepuluh kali, serta janji-janji manis bahawa kami akan ditemukan dengan DSAI, SMS dihantar kepada PA Sdr Ibrahim Yaacob dan membatalkan sahaja pertemuan yang dicadangkan memandangkan telah terlalu lama (3 bulan) masa yang diambil untuk satu pertemuan antara rakyat dengan pemimpin.
Kami Pembeli yang 100% Melayu Islam ini masih tidak lagi mendapat pembelaan yang sewajarnya. Malahan YB Iskandar di dalam jawapan bertulisnya melalui e-mail kepada saya memaklumkan bahawa kerajaan negeri (PR) memerlukan sebanyak RM70 juta jika memutuskan untuk meneruskan projek tersebut.

Kami amat kesal kerana Pakatan Rakyat sejak mula memegang tampuk pemerintahan Negeri Selangor sejak Mac 2008 yang lalu terlalu asyik menumpukan kepada perkara-perkara untuk menonjolkan diri dan mencari populariti sehinggakan tidak langsung menampakkan tanda-tanda untuk membantu rakyat yang selama ini memberikan sokongan kepada mereka.

Kalau dahulu, janji yang dicurahkan untuk memegang kuasa pemerintahan barulah boleh membantu rakyat jelata. Sekarang apabila telah memerintah di Negeri Selangor ini, kami merasakan seolah-olah tertipu dengan janji-janji manis untuk membantu rakyat.

Umpama pepatah mengatakan, terlepas dari mulut harimau, masuk pula mulut buaya.

Mengapa terlalu sukar untuk berurusan dengan bangsa Melayu Islam seperti kami ini? Mengapa isu babi, isu pasir, isu PKNS, isu air dan sebagainya yang melibatkan bangsa lain cukup cepat untuk diselesaikan oleh Pakatan Rakyat?

YB EXCO Selangor Sdr Ronnie Liu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saman terhadap kerajaan negeri Selangor akan diselesaikan di meja rundingan. Kami merasakan ianya amat berbaloi dengan sokongan yang diberikan selama ini terhadap Pakatan Rakyat. Namun ianya berakhir disitu sahaja tanpa apa-apa tindakan susulan.

Malahan YAB Menteri Besar Selangor sendiri yang telah mengeluarkan kenyataan semasa salah seorang pembeli yang hadir ke pejabat beliau semasa sessi bertemu rakyat dahulu dengan tegas menyatakan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak akan meneruskan projek tersebut dan meminta supaya kami yang teranaiya ini menarik balik saman yang dikemukakan.

Apakah erti semua ini? Dimanakah janji-janji Pakatan Rakyat yang selama ini heboh memperkatakan bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan parti untuk merakyatkan ekonomi Selangor. Susah sangatkah untuk seorang pemimpin untuk bertemu dengan rakyat?

Perlukah kami menjemput media dan kemudian barulah Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk bertemu dengan rakyat?

Kalau di masa pemerintahan Barisan Nasional dahulu di Negeri Selangor ini, Pakatan Rakyat sering mencanangkan kepincangan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Tetapi kini apabila telah memegang tampuk pemerintahan, kami seolah-olah tidak lagi bermakna dan ingin melarikan diri daripada menyelesaikan masalah rakyat.

Malahan semasa Penamaan Calon PRU-12 di Stadium Sukan Kuala Selangor kami telah mengadakan demontrasi aman dan diberikan ruang di kem Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kegagalan Barisan Nasional menyelesaikan masalah kami.

Namun begitu apabila telah memenangi Piliharaya Umum ke-12 yang lalu bermula dari Mac 2008 sehingga Oktober 2008 (10 bulan) ini, kami langsung tidak nampak apakah jalan penyelesaian yang telah dan akan diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Malahan kami seolah-olah disekat untuk bertemu dengan pemimpin atau memang itulah amalan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Kami tambah terkilan apabila YAB MB Selangor telah sanggup hadir di Lobi Parlimen pada 6:15 petang 4 November 2008 yang lalu, walaupun sidang Dewan Rakyat telah berakhir dengan kesemua Pembangkang keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes. Mengapa beliau sanggup berada di Lobi Parlimen (sidang telah tamat)? Sedangkan untuk bertemu dengan rakyat beliau tidak mempunyai masa?

Seringkali alasan yang diberikan adalah Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor. Berikan kami (Pakatan Rakyat) masa untuk menyelesaikan masalah ini. DSAI sibuk dengan urusan 16 September. Kemudian selepas itu, DSAI sibuk di Parlimen, DSAI ada temu janji yang lebih penting. Janji sebegini telah lapuk.

Bagaimana dengan hutang kami kepada pihak bank yang perlu dijelaskan pada setiap bulan? Bergolok bergadai, suami isteri bergaduh telah lama kami alami akibat kegagalan Kerajaan Negeri Selangor menunaikan janji untuk menyiapkan sebuah rumah untuk kami.

Andai inilah kaedah dan kesombongan yang diguna pakai oleh pemimpin Pakatan Rakyat, bukanlah salah untuk kami semua rakyat untuk menyesali memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.

Wassalam
Rakyat yang teranaiya.
Desa Kerayong Indah.

Link :-
1. No2umno
2. Tranungkite

2. Pas Bukit Sentosa 2