Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Wednesday, October 29, 2008

Penetapan Tarikh Sebutan Kes K1




InsyaAllah, Penetapan Tarikh Sebutan Kes bagi Pembeli Desa Kerayong Indah Kumpulan 1 yang berjumlah seramai 130 orang dijadualkan pada hari Rabu 5 Nov 2008 nanti di Mahkamah Tinggi Sivil (2), Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Pembeli Desa Kerayong Indah Kumpulan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 yang ingin menghadirinya, diminta berada di Komplek Mahkamah Tinggi Shah Alam jam 10:00 pagi pada tarikh tersebut.

Kita berharap YA Hakim Dato' Alizatul Khair Bte Osman Khairuddin tidak akan menangguhkan lagi perbicaraan yang telah melebihi 1 tahun sejak K1 memfailkan saman pada 24 April 2007 yang lalu. Namun begitu, jika ada perbicaraan, kita menjangkakan tarikhnya akan berlangsung seawal Disember 2008 ataupun Januari 2009 nanti.

Walaupun sepatutnya kita telahpun memperolehi penghakiman (judgement) terhadap Defendan 3, Bumi Circle Sdn Bhd, namun kita akur dengan keputusan Mahkamah yang membenarkan Bumi Cirle untuk memfailkan pembelaan mereka seterusnya menghadapi perbicaraan di Mahkamah.

Sekurang-kurangnya, Bumi Circle yang akan berada di Mahkamah semasa perbicaraan nanti akan menuding jari pula terhadap Defendan 1 dan Defendan 2 untuk melepaskan diri dari dipertanggung jawabkan terhadap kegagalan mereka menyiapkan rumah tersebut.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar kes Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

InsyaAllah, Allah akan bersama-sama dengan kita kerana kita amat meyakini bahawa perjuangan kita berada dilandasan yang benar demi untuk menuntut hak.