Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Tuesday, August 5, 2008

Penetapan Tarikh Sebutan Kes K2K3 Ditunda



Penetapan Tarikh Sebutan Kes bagi Pembeli Kumpulan 2 dan Kumpulan 3 pada hari Selasa 5 Ogos 2008 di Mahkamah Tinggi (Sivil) 1, Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam Selangor Darul Ehsan telah DITUNDA kepada tarikh baru iaitu 10 November 2008 yang akan datang disebabkan YA Hakim yang mengendalikan kes ini "cuti".

Walaupun kita kecewa dengan situasi ini, yang mana terpaksa menunggu selama 3 bulan yang akan datang, namun kita terpaksa akur dengan keputusan pihak mahkamah yang mengendalikan kes tuntutan ini.

Ucapan terima kasih kepada pembeli yang turut hadir di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada pagi tadi. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada kita. InsyaAllah.