Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Friday, June 29, 2007

Akses Blog : Keputusan

Assalamualaikum
Ruangan "Jom Mengundi" telah ditutup pada 28hb. Jun 2007 jam 12:00 tengah malam yang lalu. Undian yang dijalankan ini adalah bagi tujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada kesemua Pembeli DKI samada yang telah/belum/tidak memfailkanTuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini berkenaan dengan cadangan untuk Laman Blog ini FREE AKSES ataupun MENGHADKAN AKSES hanya kepada Pembeli yang telah memfailkan tuntutan sahaja. Keputusan undian yang kita perolehi adalah seperti berikut :-

Adakah anda BERSETUJU laman blog ini dihadkan hanya kepada Pembeli DKI yang memfailkan Tuntutan Saman sahaja?

  • Bersetuju : 45 %
  • Tidak Bersetuju : 55 %

Daripada keputusan di atas, ramai dikalangan Pembeli-Pembeli yang melayari laman Blog ini tidak bersetuju supaya ianya dihadkan hanya kepada Pembeli yang telah memfailkan tuntutan sahaja. Oleh kerana itu, maka kita telah membuat keputusan iaitu Laman Blog ini akan KEKAL FREE AKSES. Sesiapa juga bebas untuk melayarinya tanpa apa-apa halangan.


Bukanlah niat kita untuk merahsiakan apa juga perkembangan yang berlaku di dalam proses Tuntutan Gantirugi ini,
namun disebabkan Tuntutan Gantirugi ini telah difailkan di Mahkamah dan telahpun memasuki fasa PEMBELAAN, maka ada maklumat-maklumat yang bersifat "confidential" yang tidak dapat dihebahkan secara terbuka kerana dikhuatiri ianya akan mengganggu proses tuntutan dan perbicaraan mahkamah nanti.

Namun begitu adalah menjadi HAK bagi setiap Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi ini untuk mengetahui perkembangan-perkembangan terkini yang sedang dan dijangkakan akan berlaku di masa hadapan. Oleh itu, kita telah memutuskan bahawa kesemua maklumat-maklumat yang bersifat "confidential" ini memerlukan "permission/invited" untuk membukanya dan HANYA Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi ini SAHAJA akan diberi "permission/invited" tersebut. Sila klik disini untuk mengetahui dan panduan memohon "invited" daripada Blogger.

Adalah diharapkan semua Pembeli-Pembeli DKI terutamanya kepada mereka yang Tidak Memfailkan Tuntutan ini agar dapat memahami dengan jelas mengapa kita tidak dapat menghebahkan secara terbuka maklumat-maklumat yang bersifat "confidential" ini.

Sekiranya Pembeli-Pembeli yang Tidak Memfailkan Tuntutan Gantirugi ini ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang maklumat tersebut, bolehlah menghubungi kami untuk mendapatkan penjelasan dan pemberitahuan dari masa ke semasa.

Wassalam
Blogger



Tuesday, June 26, 2007

Info Jom Mengundi (26hb Jun 2007)

Assalamualaikum
Seperti yang telah kita maklumkan sebelum ini, ruangan "Jom Mengundi" akan ditutup pada 28hb. Jun 2007 (Khamis) jam 12:00 tengahmalam. Oleh itu, kita menjangkakan akan membuat keputusan pada 29hb. Jun 2007 (Jumaat) samada mengekalkan Blog Desa Kerayong Indah ini kepada 'free access" ataupun menghadkan akses hanya kepada Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini sahaja.

Oleh itu kepada Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan ini di mahkamah, anda disarankan agar membuka/mendaftar satu akaun g-mail (percuma) serta memohon invited kepada pihak blogger sebagai persediaan. Sila klik disini sebagai panduan untuk memohon invited tersebut.

Sekiranya anda ingin memberikan sebarang pendapat, sila e-mail kepada Blogger.

Wassalam
Blogger



Panduan Memohon Invited

Panduan Memohon Invited bagi mendapatkan akses :-
  • Buka satu akaun g-mail di sini. (percuma)
    (sekiranya telah ada akaun g-mail, pergi ke langkah seterusnya)

  • Hantar e-mail bertajuk "Mohon Invited" kepada blogger beserta dengan maklumat Pembeli seperti :-
    • Nama Penuh Pembeli
    • No. PT
    • No. Telefon (HP)
    • Alamat e-mail (pembeli@gmail.com)
    *** Sila mohon invited dengan menggunakan g-mail anda ***
Peraturan dan syarat Invited :-

- Invited ke Blog Khas HANYA akan diberikan kepada Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi Dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah di Mahkamah SAHAJA.

- Pihak Blogger akan cuba sedaya upaya untuk memberikan Invited dengan kadar yang segera. Namun begitu kadar masa maksimum yang dicadangkan adalah dalam masa 48 jam daripada permohonan yang dibuat.

- Invited hanya akan diberikan setelah mendapat kelulusan daripada pihak Blogger melalui akaun g-mail anda.

- Anda dikehendaki membuat pengesahan sekiranya diminta oleh blogger.

- Pihak Blogger berhak untuk menolak atau tidak meluluskan sesuatu invited tersebut sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah tidak benar.

Sebarang pertanyaan, boleh dimajukan terus kepada pihak Blogger atau menghubungi kami

Wassalam.
Blogger



Tuesday, June 19, 2007

Akses Blog dan Maklumat Confidential

Assalamualaikum.
Seperti yang telah kita maklumkan sebelum ini, ada kemungkinan akses ke laman blog Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini dihadkan hanya kepada Pembeli-Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Saman di Mahkamah sahaja.

Namun begitu daripada undian yang kita perolehi setakat hari ini (18hb. Jun 2007) menunjukkan bahawa ramai dikalangan Pembeli yang tidak bersetuju laman ini dihadkan aksesnya termasuk undian daripada Pembeli yang TIDAK Memfailkan Tuntutan Gantirugi ini.

Walaubagaimanapun , pada dasarnya kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa semua maklumat yang bersifat "confidential" tidak boleh dipublishkan kepada umum lebih-lebih lagi kes tuntutan kita telahpun didaftarkan dan bakal dibicarakan di mahkamah dalam masa yang terdekat ini. Banyak lagi maklumat-maklumat yang sedemikian telah tidak dapat kita publishkan kepada umum. Namun begitu, Pembeli yang telahpun memfailkan tuntutan gantirugi ini berhak untuk mengetahui perkembangan-perkembangan terkini yang berlaku dan dijangkakan akan berlaku di masa hadapan.

Kemungkinan lain yang turut disarankan oleh sesetengah Pembeli adalah menghadkan akses hanya kepada maklumat-maklumat yang bersifat "confidential" sahaja.

Kita meminta kepada Pembeli-Pembeli yang belum lagi membuat undian agar membuat pilihan mereka samada untuk mengekalkan free access ataupun menghadkan akses laman blog ini. Pilihan anda akan diambil kira dalam menentukan keputusannya nanti.

Sehubungan dengan itu, Pembeli-Pembeli yang telahpun memfailkan tuntutan gantirugi ini disarankan agar membuka satu akaun g-mail sebagai persediaan sekiranya laman blog ini dihadkan akses ataupun sebahagian maklumat yang bersifat "confidential" memerlukan akses. Pembeli-Pembeli boleh juga memohon untuk mendapatkan invited mulai sekarang dengan mengikuti langkah berikut :-
  • Buka satu akaun g-mail di sini. (percuma)
    (sekiranya telah ada akaun g-mail, pergi ke langkah seterusnya)

  • Hantar e-mail bertajuk "Mohon Invited ke Laman Khas DKI" kepada blogger beserta dengan maklumat Pembeli seperti :-
    • Nama Penuh Pembeli
    • No. PT
    • No. Telefon (HP)
    • Alamat e-mail (pembeli@gmail.com)
    *** Sila mohon invited dengan menggunakan g-mail anda ***
  • Akses/invited akan diberikan setelah mendapat kelulusan daripada blogger. Anda dikehendaki membuat pengesahan sekiranya diminta oleh blogger.

Wassalam.



Friday, June 15, 2007

Seal Copy Kumpulan 2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Dengan izin Allah s.w.t. , pada hari ini 15hb. Jun 2007 (Jumaat), kita telah menerima "Seal Copy" yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Kumpulan 2 yang terdiri daripada seramai 40 orang Pembeli ini telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah pada 31hb. Mei 2007 yang lalu melalui Peguam kita.

Jangkamasa menunggu "seal copy" Kumpulan 2 ini adalah lebih cepat iaitu selama 15 hari berbanding dengan "Seal Copy" Kumpulan 1 iaitu selama 37 hari dari tarikh Dokumen Tuntutan Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

InsyaAllah, Writ Saman akan diserahkan kepada pihak Defendan-Defendan pada awal minggu hadapan melalui Peguam kita. Selepas daripada ini, perjalanan proses tuntutan Kumpulan 2 adalah sama seperti proses tuntutan Kumpulan 1 yang terdahulu.

Apabila kes Kumpulan 1 dibicarakan di mahkamah kelak, kita akan memohon kepada pihak mahkamah untuk "consolidate" (gabung) kedua-dua Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 ini bagi membolehkan dan memudahkan pihak mahkamah mengendalikan kes tuntutan ini secara serentak.

Sehubungan dengan itu, kita meminta kepada semua Pembeli Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 agar sentiasa mendapatkan update terkini samada daripada laman blog ini ataupun melalui kami.

Wassalam.



Wednesday, June 13, 2007

Proses Tuntutan Mahkamah


Sebagai panduan untuk semua Pembeli-Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah, di bawah ini adalah proses Undang-Undang yang akan dilalui sebelum berlangsungnya Perbicaraan yang sebenarnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. InsyaAllah, kita mengharapkan Kes Tuntutan ini akan berjalan dengan lancar sepertimana yang kita semua harapkan demi untuk mengembalikan semula HAK kita sebagai Pembeli.


  • Peguam menyediakan Dokumen dan Tuntutan Saman.
  • Peguam Memfailkan Saman di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Shah Alam (24hb. April 2007).
  • Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Shah Alam keluarkan "seal copy" (31hb. Mei 2007).
  • Peguam Menyerahkan Writ Saman kepada semua Defendan-Defendan (1hb Jun 2007).
  • Dalam masa 8 hari (termasuk hari serahan Writ Saman), pihak Defendan kena Masukkan Kehadiran mereka di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Shah Alam (7hb. Jun 2007)
  • Sekiranya Defendan GAGAL Memasukkan Kehadiran, Plaintif akan pohon Penghakiman Engkar.
  • Sekiranya pihak Defendan Memasukkan Kehadiran, dalam masa 14 hari dari kehadiran, Defendan kena failkan Pembelaan.
  • Sekiranya Defendan GAGAL failkan Pembelaan, Kita akan masukkan Penghakiman Engkar Pembelaan.
  • Sekiranya Defendan masukkan Pembelaan, Peguam ada hak untuk Menjawab Kepada Pembelaan dalam tempoh 14 hari.
  • Selepas 28 hari dari terima Pembelaan, Peguam akan failkan Pengurusan Kes.
  • Mahkamah akan tetapkan Tarikh Pengurusan Kes.
  • Semasa Pengurusan Kes, Mahkamah akan arahkan untuk Failkan Dokumen-Dokumen Relevan dan Menetapkan Tarikh Bicara.
  • Bila Tarikh Bicara ditetapkan, Peguam akan maklumkan kepada Plaintif, saksi-saksi yang perlu hadir.
NOTA : Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Saman ini dan ingin mendapatkan perkembangan mutakhir supaya sentiasa menghubungi kami atau Peguam dari masa ke semasa yang mana ada butiran (update) yang tidak dapat kita siarkan di dalam laman blog kita ini.

Wassalam.


Sunday, June 10, 2007

Rumah Terbengkalai 2

SPNB siap 19,895 rumah terbengkalai

SHAH ALAM: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sehingga kini menyiapkan 19,895 unit rumah terbengkalai di seluruh negara, kata pengerusinya, Datuk Azian Osman.

Beliau berkata, pihaknya yang bertanggungjawab mengambil alih projek perumahan terbengkalai juga dalam proses membaik pulih lima projek perumahan membabitkan 2,874 unit rumah dengan kos pembinaan RM117.3 juta.

Katanya, pelaksanaan 17 projek lagi membabitkan pembinaan 3,566 unit rumah dimulakan tidak lama lagi.

"Buat masa ini, SPNB diarahkan membaik pulih 58,245 unit rumah membabitkan 189 projek," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai Bandar Pinggiran Subang yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, di sini, semalam.

Ia projek perumahan terbengkalai kelima di negeri ini yang dikendalikan sepenuhnya oleh SPNB menerusi bantuan kewangan Kerajaan Pusat bagi membaik pulih 600 unit rumah pangsapuri kos sederhana membabitkan lebih RM21 juta.

Azian berkata, SPNB juga sehingga kini sudah membina 2,738 unit rumah mesra rakyat dan 2,220 lagi unit rumah sama yang dalam pembinaan termasuk di Sabah dan Sarawak.

Di Selangor, katanya, SPNB membina 216 unit rumah menerusi skim rumah mesra rakyat itu dan kini sedang membina 68 unit rumah.

Sementara itu, Dr Mohamad Khir berkata, ada 97 projek perumahan terbengkalai di negeri ini dan daripada jumlah itu, 18 projek sudah dibantu.

"Kita mengharapkan bantuan Kementerian Kewangan untuk bantu kita. Kerajaan negeri juga terpaksa mengurangkan kos infrastruktur bagi memastikan pemilik mendapat rumah yang baik.

"Pada masa sama, kita akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana projek disiapkan pemaju tidak mengikut standard," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga tidak lagi meluluskan projek pembesaran kampung yang dilaksanakan ketua kampung bagi mengelak projek terbengkalai.

Katanya, kerajaan negeri berpendapat tugas mereka hanya mentadbir kampung dan tidak perlu melaksanakan projek perumahan yang kemudian meletakkan kepentingan peribadi dalam syarikat yang memajukan projek berkenaan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Dr Mohamad Khir berkata, bukan mudah bagi kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai kerana ia membabitkan perjanjian antara pembeli dan pemaju.

"Sebagai orang tengah, kita nak berkeras sangat tak boleh dan nak berlembut sangat pun tak boleh. Sebab itu bakal pembeli perlu berhati-hati ketika hendak membeli rumah termasuk meneliti latar belakang pemaju," katanya.

Petikan: Berita Harian Online terbitan 10hb. Jun 2007 juga disini


Friday, June 8, 2007

Jom Mengundi

Assalamualaikum,

Memandangkan kita telahpun menghampiri ke arah prosiding mahkamah, maka banyak perkara-perkara yang akan dipaparkan di dalam laman blog kita ini akan melibatkan perkara-perkara yang agak "confidential" berbanding dengan perkara-perkara yang terbuka sebelum ini.

Beberapa orang Pembeli telah menyuarakan pendapat mereka agar "access" ke laman blog kita ini DIHADKAN hanya kepada Pembeli-Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini sahaja dengan beberapa alasan yang munasabah.

Tidak kurang juga ada Pembeli yang mahu supaya laman blog kita ini boleh di "access" oleh sesiapa sahaja TANPA SEKATAN.

Jesteru itu, kita meminta kepada rakan-rakan pembeli yang melayari blog ini agar dapat membuat undian seperti yang kita telah paparkan di sebelah kanan laman blog ini. Sesiapa sahaja boleh membuat undian (Hanya SEKALI sahaja) samada :-
  • Pembeli yang telah memfailkan saman
  • Pembeli yang belum memfailkan saman
  • Pembeli yang masih lagi 50-50
  • Pembeli yang tidak mahu memfailkan saman
InsyaAllah, kita akan buka ruangan "Jom Mengundi" ini sehingga ke satu tarikh yang akan kita maklumkan nanti dan seterusnya membuat keputusan terhadap perkara yang berbangkit ini.

Kerjasama sepenuhnya daripada rakan Pembeli DKI amat diharapkan dalam menjayakan misi Tuntutan kita ini. Semoga ianya akan berjalan dengan lancar.

NOTE : Kita amat mengalu-alukan sekiranya Pembeli DKI yang membuat undian agar dapat memberikan komen atau ulasan terhadap undian yang dipilih. Sila e-mailkan komen anda ke mamatchokia@gmail.com

Wassalam.



Tuesday, June 5, 2007

Pengindorsan Tuntutan

Plaintif-Plaintif memohon daripada Mahkamah Yang Mulia untuk :-
  1. Satu deklarasi bahawa penamatan bertarikh 18hb. April 2007 (Pembeli Kumpulan 1) dan 28hb. Mei 2007 (Pembeli Kumpulan 2) terhadap Perjanjian tersebut oleh Plaintif-Plaintif melalui peguamnya adalah sah.
  2. Gantirugi Khas
  3. Gantirugi Am untuk ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Yang Mulia ini.
  4. Gantirugi Teladan untuk ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Yang Mulia ini.
  5. Perintah Konsekuens supaya Plaintif-Plaintif memulangkan kepada Defendan Pertama hakmilik terhadap lot-lot tanah yang dikurniakan kepada Plaintif-Plaintif oleh Defendan Pertama.
  6. Faedah pada kadar 8% setahun ke atas Gantirugi Am dan Gantirugi Khas dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.
  7. Kos
  8. Relif-relif lain yang mana Mahkamah Yang Mulia ini fikir sesuai untuk diberikan.


Monday, June 4, 2007

Plaintif

Berikut adalah senarai Plaintif-Plaintif (pihak yang menuntut dan memfailkan saman) yang akan terlibat di dalam perbicaraan Kes Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini :-
  • Pembeli Kumpulan 1 : Sila klik di sini
  • Pembeli Kumpulan 2 : Sila klik di sini
  • Pembeli Kumpulan 3 : Sila klik di sini
  • Pembeli Kumpulan 4 : Sila klik di sini

Defendan

Berikut adalah senarai Defendan-Defendan (pihak yang kena tuntut/saman) yang akan terlibat di dalam perbicaraan Kes Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini :-
  • Defendan Pertama : Kerajaan Negeri Selangor
  • Defendan Kedua : Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor
  • Defendan Ketiga : Bumi Circle Sdn. Bhd.



Friday, June 1, 2007

Terkini 31hb. Mei 2007

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinNya juga, Peguam kita telahpun selamat memfailkan saman untuk Kumpulan Kedua Pembeli Desa kerayong Indah di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31hb. Mei 2007 (Khamis) bersamaan dengan 14 Jamadil Awal 1428H. Kumpulan Kedua ini adalah terdiri daripada seramai 40 orang Pembeli.

Pada hari yang sama juga (31hb. Mei 2007), kita telah memperolehi "Seal Copy" dokumen saman Pembeli Kumpulan Pertama seramai 130 orang tersebut daripada pihak Mahkamah Shah Alam. Berikut adalah proses tuntutan seterusnya :-
  • Pihak Peguam akan menyerahkan (serve) sesalinan dokumen saman kepada pihak-pihak defendan iaitu Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Tanah Kuala Selangor dan Kontraktor Projek DKI iaitu Bumi Circle Sdn. Bhd. pada hari Jumaat bersamaan dengan 1hb. Jun, 2007.
  • Pihak defendan akan mempunyai tempoh masa selama 8 hari selepas pemyampaian writ saman tersebut (termasuk hari penyampaian) untuk menyebabkan kehadiran mereka dimasukkan untuk diri mereka dalam kausa atas guaman Plaintif-plaintif.
  • Sekiranya mereka ingkar, Plaintif-plaintif (Pembeli Kumpulan 1), melalui Peguam kita boleh meneruskan untuk mendapatkan PENGHAKIMAN dan perlaksanaan.
  • Sekiranya amaun yang dituntut dalam kos dibayar dalam tempoh 12 hari selepas pemyampaian Writ Saman tersebut, maka prosiding seterusnya akan ditangguhkan.
InsyaAllah, proses seterusnya akan diberitahu dari masa ke semasa.

Oleh itu, adalah diharapkan agar kesemua Pembeli Kumpulan 1 dapat berhubung terus dengan pihak Peguam sekiranya ada apa-apa permasalahan yang mereka hadapi. Pandangan dan pendapat daripada Pihak Peguam adalah amat mustahak bagi mengelakkan Pembeli daripada membuat keputusan yang tidak sewajarnya yang akan merugikan pembeli itu sendiri.

Apa yang diharapkan juga agar kita dapat bersatu hati untuk menjayakan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini setelah kita dihimpit dengan berbagai kesukaran dan kesusahan selama hampir 8 tahun sejak 1999 yang lalu serta keperitan menghampiri tanggal 1hb. April 2007 yang lalu.

Pembeli yang menghadapi masalah dengan pihak bank ataupun pembiaya juga diminta segera menghubungi Peguam kita untuk tindakan selanjutnya seperti yang telah kita rangkakan sebelum ini.

Pembeli-pembeli juga boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan progress tuntutan ini.

Semoga Allah mempermudahkan urusan tuntutan kita ini bagi membolehkan kita menjalani kehidupan seperti sediakala. InsyaAllah.

Wassalam.